Tuesday, June 5, 2007

~CALON PILIHAN ABAH~

Part 14

Di dalam kereta, ternyata Abang Ngah dan Kak Ngah diam sahaja. Cuma Shikin dan Nina sahaja yang bising mengajukan pelbagai soalan kepadaku. “Usu beli apa untuk Nina ??” soal Nina manja sambil memeluk lenganku. “Ada laaa….Usu beli macam-macam…cokelat pun ada usu beli..” Ujarku sambil mengusap-ngusap rambut Nina. “Usu beli tak untuk Shikin?” Tanya Shikin pula. Aku tersenyum mendengar soalan Shikin. “Mestilah ada….Usu beli hadiah untuk semua orang..Untuk mama dan papa Shikin, Untuk Maklong dan paklong, untuk Rizal ,Aiman, Ipah, Nenek dan Atuk” jawabku panjang. Tiba-tiba kulihat kedua-dua wajah itu muram. Entah kenapa. “Tapi atuk dah..” Belum sempat Nina menghabiskan katanya, Kak Ngah menyuruh dia diam. Aku tiba-tiba berasa resah dengan keadaan itu. Kenapa dengan abah??? Shikin dan Nina duduk bersandar diam. Abang Ngah dan Kak Ngah turut diam. Sunyi sepi. Aku sendiri tidak mahu menyoal apa-apa. Apakah hal keluarga yang dimaksudkan? Abah? Kenapa dengan abah? “Kak Ngah…” aku mula memberanikan diri menyoal. “Ana..Kita cakap kat rumah ye..” kata Kak Ngah perlahan.

Aku menjeruk perasaanku sehingga tiba di rumah. Hati ku berasa resah sungguh. Tiba sahaja di rumah, kulihat emak tersenyum di pintu pagar. Aku segera keluar dari kereta dan memeluk emak. Aku terlalu rindu padanya. “Mak, abah mana mak?” soalku laju, dengan hati berdebar menanti jawapan emak. Aku lihat air mata emak jatuh menuruni pipi tuanya. Emak memelukku lagi sambil mengusap belakangku. Kulihat rumahku sudah seolah-olah kehilangan seri. Dulu, pokok-pokok bunga terjaga rapi di luar rumah. Kini, pasu-pasu itu kosong. Kawasan rumahku sudah tidak berseri, Cuma kebersihannya sahaja tetap terjaga. “Mak…mana abah…”tanyaku lembut. Adakah abah sakit?

Kenapa emak menangis begini…Kak Ngah menarik kami masuk ke rumah. Aku duduk di sofa bersebelahan dengan emak di ruang tamu. Kak Ngah dan Abang Ngah duduk di sofa yang menghadap kami. Aku menggenggam tangan emak. Kak Ngah melihatku lama. Aku sekadar diam. Aku seolah-olah terasa rumah ini kehilangan sesuatu. Kak Ngah tunduk menangis. Abang Ngah serba-salah dengan keadaan itu lantas membuka mulut menerangkan kepadaku. “Ana…Abah dah tak da..” Aku terketar mendengar ayat itu. Wajahku mengatakan ketidakpuasan hatiku dengan jawapan Abang Ngah tadi, lantas Abang Ngah menyambung. “Ana..banyak-banyak sabar ye..Abah dah pergi tinggalkan kita semua..19 Mac lepas, pagi Jumaat. Lebih kurang 3 bulan lepas...” Abang Ngah berhenti seketika. Tiada kata yang terkeluar dari mulutku. Bibirku terketar-ketar menahan sesuatu. Aku sekadar mengangguk-angguk perlahan memandang abang Ngah. Emak mengusap belakangku. Nafasku naik dan turun dengan sukar. Sesuatu menahan di kerongkongku. Tiada air mata yang keluar. Aku boleh menerimanya. Aku boleh bersabar.

“Abah meninggal pagi itu di masjid..Lepas semayang subuh. Tiba-tiba saja dia rebah. Pak Su ada masa tu..Dia ajarkan shahadah..Alhamdulillah..Abah pergi dengan tenang..” Aku mengangguk-angguk lagi. Fikiranku kosong. Aku memandang emak dan Kak Ngah yang sedang tunduk menangis. Aku memandang ke kanan. Ku lihat sofa yang abah selalu duduk menonton TV. Aku sendiri tak dapat bayangkan wajah abah. Aku takkan dapat lihat wajah abah lagi. Selepas ini tak kedengaran lagi suara abah di rumah ini. Tak ada lagi kedengaran deruman motor abah pulang ke rumah dari masjid. Tak ada lagi suara abah bergurau senda denganku. Terasa panas kulit mukaku. Hidungku terasa sengal menahan perasaan yang terbuku. Air mataku keluar bertakung di mataku ku dan mengalir perlahan-lahan. Semakin lama semakin laju. Abah..Ana rindukan abah.. Aku mengetap bibirku menahan kesedihan dan kesayuan yang mendalam.

Aku lemas dengan air mata yang mengalir. Emak menyapu pipiku dengan tangannya. Belakangku diusap-usap penuh kasih sayang. Kali terakhir abah mencium dahiku ketika di lapangan kapal terbang Alor Setar tahun lepas, ketika menghantarku pulang ke Ireland. Perasaan marahku ketika itu masih bersarang teguh menyebabkan aku sekadar menjeling abah. Itulah ciuman terakhir abah yang aku tak hargai. Bahuku terhenjut-henjut menahan esak. “Sabar lah sayang…Abah dah pergi tinggalkan kita..Allah lebih sayangkan dia. Abah meninggal di hari yang baik, tempat yang baik…” pujuk emak lembut. Aku teringat selama ini, aku cuba mengelak dari bercakap telefon dengan abah. Selama tiga bulan lepas, rupa-rupa nya memang tiada apa yang perlu aku elakkan lagi. Tak ada.. Abah memang sudah tinggalkan aku ketika itu. Bila kali terakhir aku mendengar suara abah? Bila? Hari raya Haji yang lepas..itu lah yang terakhir.. Abah berpesan supaya aku menjaga diri, menjaga iman, jangan tinggal solat, jadi hamba Allah yang baik… Air mataku tidak mampu berhenti mengalir. Aku sendiri tak mampu mengawalnya.

Betapa aku ini bersalah kepada abah. Betapa aku ini anak yang derhaka. Betapa aku ini anak yang tak mengenang kasih sayang abah. “Mak…abah ada pesan apa-apa pada Ana…?” soalku lemah. “Abah selalu sangat sebut-sebut nama Ana seminggu sebelum dia meninggal..Teringin sangat nak bercakap dengan ana…” Aku menangis lagi. Lebih deras air mataku jatuh..Abah..Maafkan ana..Maafkanlah Ana.. “Dia teringat sungguh pada ana. Dia kata tak sabar nak jumpa ana. Nak suruh ana rawat dia bila dah jadi doctor…” Air mataku mengalir sehingga ku rasakan pipiku bergetah dengan air mata. Aku menyapu wajahku dengan tudung. “Sebelum ke masjid dia pesan suruh kirim salam pada ana pagi tu kalau ana telefon. Mak dah pun sampaikan pada ana..” sambung emak dengan nada sayu. Mata tua itu kutatap lama. Cengkung mata emak menahan semua ini sendiri. “Mak,..ana nak masuk bilik dulu..” kataku dan terus aku berlalu meninggalkan ruang tamu. Aku menangis lagi…

bsmbg...

Sunday, June 3, 2007

~CALON PILIHAN ABAH~

Terminal berlepas KLIA

Part 13
Tiba di Kuala Lumpur, aku menaiki pula kapal terbang domestik ke Alor Setar. Letih rasanya badanku ini. Tapi aku puas! Puas kerana aku telah pun pulang membawa kejayaan. Tak sabar rasanya hendak membawa emak dan abah bersamaku ke Ireland bulan depan untuk menyaksikan hari graduasiku. Akan aku pertemukan mereka dengan Hisham. Aku melambai-lambai Kak Ngah dari jauh. Shikin, anak saudaraku berusia 17 tahun dan Nina, berusia 5 tahun melambai dengan girang ke arahku. Aku tersengih riang. Aku bersalaman dan berpelukan dengan mereka. Hairan juga aku, ada pula masa dia dan keluarganya mengambil aku hari ini. Selalunya dia sentiasa sibuk dengan kerja-kerja politiknya.

Emak dan abah tak kelihatan pula. Kira-kira 5 meter dariku, kulihat abang Ngah sedang bercakap-cakap dengan seseorang. Pemuda berbadan sedikit berisi itu berpaling ke arahku. Direnungku sebentar dan senyuman manis dihadiahkan kepadaku. Siapakah dia? Itukah.. “Ana..pandang siapa tu..Itulah tunang ana,Azmi..” kata kak Ngah sambil tersenyum. Aku membalas senyuman kakNgah dengan cubitan ke lengannya. Shikin dan Nina tertawa melihatku. “Mak dan abah mana kakNgah?” soalku. Tak sabar rasanya hendak menatap wajah mereka. “Ada di rumah..Jom lah kita balik..” Kak Ngah terus saja memanggil Abang Ngah dan Azmi. “Dr Hana!! Apa macam? Sehat?” tegur Abang Ngah dengan penuh keceriaan. Abang Ngah memang periang orangnya. “Sehattt..alhamdulillah…” jawabku sambil tersengih. Azmi kulihat diam saja di tepi Abang Ngah. Aku sendiri tidak berani melihat wajahnya. Malu. Segan. Entah apa lagi perasaan yang bersarang. “Ini pulak..Dr. Azmi.. Ala Mi..Mai lah sini..Malu-malu pulak dia..” sambung Abang Ngah.
Aku menunduk malu dan memandang kak Ngah yang tersengih melihat Azmi. Dia nampak serba-salah untuk berhadapan denganku. Aku memberanikan diri menoleh memandangnya. Tepat pula ke wajahnya. Wajah itu nampak resah diperlakukan begitu. Orangnya hitam manis, berkulit sawo matang. Wajahnya nampak matang dan dapat aku rasakan dirinya seorang yang sangat pemalu. Kalau hendak dibandingkan dengan Hisham..Hisham jauh lebih kacak dan menarik pada pandanganku. “Emm..ana apa khabar” soalnya perlahan. “Alhamdulillah..” ringkas sahaja jawapanku. Sampai di situ sahaja jawapan sepatah aku. Aku terus pura-pura sibuk mengangkat beg kecil ku. “Mi ikut ke rumah sama?” Tanya Abang Ngah pada Azmi. “Emm..tak apa lah Angah..Urusan keluarga angah ni..tak eloklah Mi ada pula..” ujar Azmi. Urusan keluarga apa pula?? Aku tertanya-tanya di dalam hati.
bsambung....

~CALON PILIHAN ABAH~


Part 12

Petang itu Izzah, Zizi, Semah dan Intan menghantarku ke lapangan kapal terbang. Aku memeluk mereka seorang demi seorang dengan perasaan sedih. “Akak, kenapa sedih sangat ni..?” soal Zizi “Emm..iye laa..manalah tau, permohonan housemanship akak tertolak ke..Akak kena lah balik buat kat Malaysia…Tak dapat lah kita serumah lagii…” ujarku dengan nada sedih. Hatiku masih teringatkan Hisham.. “Kak, 2 minggu lagi kitorang balik Malaysia boleh la jalan-jalan Kedah, pi umah akak” sampuk Izzah yang sejak tadi diam. “Datang lah…Jangan tak datang pulak…” jawabku sambil mencubit pipi tembam Izzah. Aku perlu masuk ke balai berlepas sekarang. Cuma tinggal setengah jam sahaja sebelum bertolak. Aku melambai-lambai ke arah mereka sambil berjalan perlahan-lahan. “Ana!!” Satu suara memanggilku dari jauh. Suara yang aku kenali. Aku berpaling melihatnya. “Eh, Sham..Mana kau tahu aku balik harini..”kataku perlahan ketika dia tiba di depanku. Aku menunduk malu teringatkan peristiwa semalam. Berkali-kali dia menelefonku semalam, tapi tidak kujawab satu pun. “Takkan aku tak tahu pulak..Ni ha..untuk kau…Jaga diri ye..” Kata Hisham sambil menghulurkan bungkusan kecil kepadaku.

Aku tidak bercakap banyak. Sudah kutolak pemberiannya itu. Dipaksa juga aku menerimanya. Aku sekadar tersenyum tawar. Di dalam kapal terbang, segera aku membuka bungkusan pemberian Hisham. Cincin. Aku menyandarkan tubuhku lemah di tempat dudukku. Ada nota ringkas ditinggalkan untukku. ‘Ana, andai kau terima hati aku, pakai lah cincin ni.’ Aku masukkan sahaja kotak itu ke dalam beg kecilku. Mataku sudah tak mampu menangis lagi. Aku perlu melupakan Hisham ketika ini. Tak apa lah..pulang ke Malaysia nanti, akan aku pujuk abah supaya memutuskan pertunanganku dengan Azmi, dan menerima Hisham. Aku tiba di London dan terkocoh-kacah aku mengejar kapal terbang London- Kuala Lumpur pula. Aku tidak dapat tidur sepanjang perjalananku. Aku mendengar ayat-ayat suci Al-Quran dan nasyid yang dimainkan di saluran radio peribadi dalam kapal terbang itu. Itu sahaja yang dapat menenangkan aku sekarang. Aku memasang nekad untuk cuba berbaik-baik semula dengan abah kali ini. Akan kupujuk dia bila tiba masa yang sesuai nanti. Aku sangat sayangkan abah. Lagipun, abah sudah tua. Bagaimana kalau abah pergi dulu sebelum aku sempat memohon maaf kepadanya. Aku rindukan kemesraan kami dahulu. Aku rindukan abah..Biarlah kepulangan ku kali ini membawa semula keceriaan hidupku..

bersambung


Saturday, June 2, 2007

SEMANGAT YG HILANG...


Mcm tajuk lagu XPDC la plak kan...

Dalam keadaan kite yg sibuk nak exam mesti ramai yg tension,pressure , sensitive, rase
tak bersemangat la..xde mood la dan mcm2 lagi la.. ni mmg symptoms yg leh kite diagnosekan sbgai
EXAM FEVER

Ape yg boleh kite katakan dgn semangat...smgt ni satu perasaan..yg akan menghasilkan kerja atau daya yg menggerakkan...bile ade smgt maka akan datang kesungguhan...
So bile kite kate xde smgt or smgt hilang..means kite xde daya yg nak menggerakkan kite utk berusaha bersungguh2...Hasilnye kite akan membiarkan emosi menguasai diri dan setiap tindakan kurang berteraskan akal fikiran...

setiap disease sure etiology(cause) so same la cam hilang smgt ni mesti ade factor penyebabnye...
dan setiap org ade alasan masing yg menyebabkan die hilang semangat...
ade yg sbb die rase menyampah kat cikgu atau cikgu bias so bc mcm mane pun tetap x score,ade yg rase subject tu susah yg mmg xmmpu nak study...ade yg kate dah x cukup mase..so dah x smgt...dan mcm2 lagi...

ok so meh kite analize each reason yg dinyatakan td...

1) nyampah kat cikgu coz cikgu bias...bc macm mane pun ttp x score...


siape kite ??? and kat mana level kite sampai kite leh nak menyampah kat cikgu???.. muhasabah balik diri kita..kat mana tahap kite..even cikgu kite tu kafir tapi still cikgu dan level die sbgai seorg guru tu perlu la kite respect...sbb die guru yg mengajar kite...xkisah lah mcm mane pun die ttp guru...
cikgu bias tu mmg la biase kat sini..tapi kite pun bias gak awal2 dah nyampah kat cikgu...
mmg la manusia ni x lari dr bias..tapi klu kite leh jwb soalan ade ker cikgu akan failkan kite senang2 je...???

2)subject susah sgt sampai x mampu study ...
dalam dunia ni xde ape yg senang ... RAsulullah SAW nak menyebarkan Agama Allah pun bukan senang2 je bukan sekadar ckp2 sikit dah ramai memeluk Islam..pelbagai tentangan yg RAsulullah tempuh sama la dalam kite blajar ni xde ape yg senang ...tapi kena la ingat ni cume secebis dr selautan ilmu Allah...
klu kite berusaha yg susah pasti akan mudah...Insya Allah...

3) mase dah tak cukup xsempat nak study...
mase yg ade ni mmg sentiase x cukup bg la setahun utk prepare pun mmg x cukup...tapi kite kena pandai la plan utk cukupkan gak...mase yg ade cukup sebenarnye tapi kite yg xtau nak gune...mane nak cukup klu ade mase kite asyik dok main game la..chatting la , tu blum kire mase kite tgk malay series yg berlambak2.. dok berangan nak balik...menjelajah frenster... dan pelbagai activity sampingan yg memang WAJIB kite ketepikan..so klu kite mampu manage time kite..mase tu mmg cukup sebenarnye...Insya Allah


so ape impaknyer bile kite hilang semangat...?? byk benda kite x leh wat , kite akan hilang pertimbangan dan lebih byk melayan perasaan ...mase tu mase kite menjadi x productive misalnye duduk 5 jam mengadap buku clinical medicine satu benda pun x masuk...sudahnye tutup buku..tido...
pastu mulalah pagi exam sibuk nak bertawakal....Istilah tawakal ni memang slalu kite salah gunakan ...xberusaha alih2 kite main tawakal je..mane leh cam tu...klu mmg x baca buku..mcm mane nak jwb exam ..usaha perlu seiring dgn tawakal...

Ok berbalik pada topic asal SEMANGAT YG HILANG...kite pasti takkan hilang semangat as long as kite tahu matlamat setiap usaha kite tu... kenapa kite kena berusaha? kenapa kite belajar? dan kenapa kite di sini...?kenapa kite di CSMU ni? selagi kite keep on asking to ourself all these questions kite pasti xkan hilang semangat..



kite kena sedar yg kite telah Allah amanahkan utk berada disini sbagai medical student yg selepas 6thn kite grad maka menjadi tanggungjawab kite utk mengamalkan ilmu perubatan ni utk kemaslahatan ummah...tapi klu kite blajar pun main2 dan selepas kite grad kite gagal menyelamatkan patient kite hanya sebab kebodohan,kelalaian dan kelemahan kite maka kite telah gagal menyempurnakan amanah kite sbgai pengamal perubatan...memanglah Ajal dan maut ditangan Allah tapi klu sebab dr tu sendiri yg tak ingat mech of action sesuatu drug sampai bleh salah bg ubat atau lambat diagnose MI atas asbab kekurangan ilmu so x leh nk bc ECG maka jelas kat sini dr tu amanah dalam melaksanakan tugas nye sebagai dr...btul tak ??? fikir2kan.. Muhasabah balik diri kite , kat mane kite ?knapa kite pilih profession ni...dan kite nak jd dr yg mcm mane? Adakah kite nak jd dr hanya sebab gaji yg lumayan..atu mmg kite nak jd muslim doctor yg jage kebajikan ummah ...????

Kat sini nak share skit ape yg Ustaz Basil sampaikan mase class sirah last friday, menurut ustaz Basil selepas Isra' Mikraj dalam mase 10 hari Rasulullah telah pergi ke 26 kabilah utk berdakwah...dan di setiap kabilah tu bukan nyer Rasulullah dapat sambutan yg baik2,Bajrah ketua Bani Amir telah memukul kaki Rasullullah sampai baginda jatuh tersungkur...tapi Rasullullah tetap bersabar dan terus bersemangat meneruskan usaha dakwah baginda...kerana rase cinta Rasulullah pada Allah SWT...

Kesungguhan Rasullullah ni perlu lah kite jadikan iktibar..utk meningkatkan motivasi diri....dalam mase 10 hari Rasulullah telah pergi kepada 26 kabilah....mcm mana plak ngn kite dalam mase 10 hari berapa byk buku yg telah kite baca????

So berbalik pada situasi kite sbgai student...selagi matlamat kite menuntut ilmu ni Lillahi Taala bukan hanya sebb nak exam maka semangt itu akan terus subur....dan process menuntut ilmu ni akan jadi sebahagian dari ibadah...Bila kite merasakan menuntut ilmu ini satu ibadah maka kite akan rase kemanisannnya .....dan ilmu tu Insya Allah kekal lama dalam otak kite ni...

Dalam kehidupan kite as a student for sure kite nak score dalam setiap exam..klu bleh nk dpt 5 dalam setiap exam,tapi di sebalik keazaman kite yg kuat utk score ..kite kena ingat satu perkara bile kite xscore x bermakna kite xtahu ape2..so yg penting bukan markah dalam buku zacut(exam book )..tapi ape yg ade dalam otak kite ni utk kite amalkan utk treat patient ...and as long as kite dpt set mind kite study Lillahi Taala maka study ni bukan la satu yg payah coz kite ada Allah...dan selagi itulah SEMANGAT KITE TAKKAN HILANG....

Waallahualam...

*MI = Myocardial Infarction (bile cell kat jantung mati)

*ECG =Electrocardiagram (graf yg tunjuk rhythm jantung,so kite leh detect klu ade penyakit)