Monday, June 11, 2007

~CALON PILIHAN ABAH~


Part 16

Azmi pulang lebih kurang pukul 1.35 petang untuk solat zuhur di masjid. Hari itu, aku terasa lebih bersemangat meneruskan kehidupanku. Entah kenapa. Aku sudah mula ke dapur menolong emak masak. Tidak lagi berkurung menangis di bilik. Aku sudah mula bersembang-sembang dengan emak dan sudah boleh tertawa. Kenangan dengan abah masih bermain di mataku, namun mendengar kata-kata Azmi, aku terasa seolah-olah abah masih ada, masih terlalu menyayangi aku seperti dulu….walau apa yang telah terjadi antara kami..
Beberapa hari selepas itu Azmi menelefon rumah ku, meminta izin emak untuk bercakap denganku. Berdebar rasanya hatiku ini. “ Ana..” “…” “Ana sihat..?” “Emm..alhamdulillah..” “Ana…Mi teringat lah pada tunang Mi..” Tersentak aku mendengar luahan hati Azmi itu. Aku memandang ke kiri kanan, risau kalau-kalau emak mendengarnya. “Ana..dengar tak Mi cakap..” Aku diam saja. “Tadi mak kata ana dah ceria semula. Mi teringin nak tengok Ana gembira semula..” “Emm..” itu sahaja yang mampu keluar dari mulutku. Melampau-lampau pula aku rasa Azmi ini berbahasa denganku.
Cara pembawaan dirinya menunjukkan dia seorang yang pemalu, tapi lain pula dia berbahasa denganku. “Ana, mak kata ana nak pergi perbaharu lesen kereta..Nak Mi hantarkan esok? Esok Mi tak buzy..Klinik Mi kawan Mi tolong jagakan..” Ada klinik sendiri rupanya Azmi ini.. “Emm..takpe lah..terima kasih,..Ana pegi naik teksi aje..tak pa..Lagipun, tak eloklah pergi berdua kan..” kataku. Azmi tertawa kecil mendengar kataku. “Mi tau..Nanti Mi bawak anak saudara Mi yang umur 5 tahun..OK..jumpa esok ye..Pukul 2 Mi datang ambik Ana ye..” Katanya lalu memberi salam dan meletakkan telefon. Aku termenung sendiri. Azmi..Azmi.. Perasaan hati ku ini masih belum ada untuknya. Aku terpaksa menerima tawaran Azmi itu, meskipun hati ini berat untuk terlalu rapat dengannya.


Malam itu aku keluarkan cincin pertunanganku dan cincin pemberian Hisham. Ah Hisham! Sudah lama dirinya kuletakkan ke tepi. Kehilangan abah menyebabkan aku terlalu sedih untuk memikirkan apa-apa tentang diriku.

“Ana!! Telefon!” jerit emak dari bawah. Aku segera berlari menuruni tangga mencapai telefon. Entah siapa yang menelefon. “…Ana!!!” Kedengaran suara yang aku kenali menjerit namaku. “…Hisham…kau rupanya..terkejut aku!” “Ana..aku kene cepat nii…Nak pegi ambik mama dan papa aku di airport. Diorang baru sampai dari Malaysia. Ana, kau dapat posting di CUH untuk 6 bulan pertama. 6 bulan kedua pulak kau di Mercy Hospital. Kita sama hospital lah!! Tak sabar aku nak tunggu kau balik untuk grad ..” “Sama ke kita..Boleh la aku tumpang kereta kau pegi keje” selorohku “Tak boleh lah..unless kalau kau dah pakai cincin haritu…” Aku terdiam mendengar kata-kata Hisham. “Okla Ana…Aku kene pergi ni..” “OK..Thanks Hisham..” “Ana…Aku rindukan kau..” Terus saja dia meletakkan telefon selepas itu.
Aku menepuk dahiku perlahan. Apalah nasib ku ini..Aku merindui Hisham..Tapi Azmi pula bagaimana? Di bilik, aku duduk seorang memeluk lututku di atas katil. Aku memandang kedua-dua kotak cincin pemberian Hisham dan Azmi. Hisham adalah calon pilihan hatiku. Azmi adalah calon pilihan arwah abah. Kerana Azmi jugalah aku bergaduh dengan abah. Abah..maafkan ana kerana terlalu marah pada abah..Tapi kenapa abah lakukan ini pada ana…Ana tak faham abah…Aku kesat air mata yang mengalir.
Terfikir pula aku tentang tawaran bekerja di Cork itu. Aku tak mampu meninggalkan emak sendirian. Mahukah emak mengikut aku ke Ireland? Aku dapat rasakan tidak mungkin untuk emak tinggal di sana, walau untuk sebulan sahaja. Emak pasti tak senang duduk. Tak mungkin emak mampu meninggalkan rumah yang penuh dengan kenangannya bersama abah itu tanpa penjagaannya sendiri. Walaupun emak nampak tenang, tapi setiap kali selepas solat, aku nampak air mata emak mengalir.
Aku tidak boleh mementingkan diri sendiri. Biarlah aku pulang sahaja ke Malaysia selepas graduasiku. Aku turun ke bawah selepas solat isyak. Malam itu, serba-serbi emak bercerita tentang Azmi padaku. Aku Cuma diam mendengar cerita emak, tapi segala apa yang emak sampaikan aku rakam baik-baik dalam fikiranku. Azmi itu, doctor lulusan Universiti Al-Azhar di Mesir. Dapat pula jadi hafiz Al-Quran sepanjang dia di sana.
bersambung

~CALON PILIHAN ABAH~


Part 15


Malam itu Paksu dan Maksu datang dari Kulim menjengokku. Aku tidak banyak bercakap. Mereka bersembang agak panjang malam itu. Mungkin mereka sudah boleh melepaskan perasaan sedih mereka. Sudah tiga bulan.. Aku? Aku baru sahaja menerimanya..menerima dengan hati yang terlalu sedih..Dengan hati yang terlalu berat.. Ya Allah..Tolonglah hambaMu ini.. Seminggu lamanya aku terperap di bilik. Tak mampu rasanya aku keluar melihat rumah itu yang terlalu banyak menyimpan kenangan. Hendak ke kubur abah pun aku tak mampu. Tak mampu melihat nisannya. Makan minumku sendiri aku abaikan. Mujur emak memaksa aku makan. Aku terlalu rindukan abah. Aku terlalu rindu. Segala kenangan ku bersama abah sejak kecil hingga besar bermain-main di mataku. Setiap kali aku terpandang barang-barang pemberian abah, aku menangis. Aku hiba. Aku ini anak kesayangan abah. Aku tahu sangat hakikat itu. Aku tak mampu membayangkan wajah tenang abah itu aku hamburkan kegeramanku dengan calon pilihannya.

Petang Ahad itu, emak memujukku menziarahi kubur abah. Aku menggeleng-geleng. “Ana belum sedia..” kataku lemah. “Ana, marilah kita pergi kubur abah..Abah rindu nak tengok Ana kan..” Kata-kata emak yang terakhir itu menusuk hatiku. “Nak pegi macam mana mak..Nak naik apa..Kak Ngah sibuk kan..Lesen kereta ana dah mati 2 bulan lepas..” soalku “Mak dah minta tolong Azmi hantarkan kita” jawab emak. Aku menarik nafas panjang. Azmi. Kini, Azmi sudah menjadi wasiat buatku. Mahu atau tidak, Azmi itulah yang bakal aku serahkan hidupku. Tapi kenapa abah?? Kenapa abah buat semua ini? Ana terseksa abah..Abah..abah balik lah..Ana nak Tanya macam-macam pada abah…

Kereta proton perdana Azmi berwarna kelabu metalik itu sudah berada di depan rumahku. Aku duduk di belakang. Wajah Azmi tidak sedikit pun aku pandang. Aku sekadar tunduk ketika dia di rumah tadi. Emak duduk di depan, sebelah Azmi. Entah apa yang mereka bualkan sepanjang 10 minit perjalanan itu aku sendiri tidak mengendahkan. Ada juga dua tiga kali namaku disebut. Setibanya sahaja, Azmi berjalan mendahului kami. Dari belakang kulihat, ternyata Azmi ini agak berisi orangnya. Emak memimpinku berjalan perlahan-lahan. Aku lihat kubur abah di bawah rendangan pokok. Kelihatan damai sekali. Batu sungai dipacak di kedua-dua hujung. Azmi menghulurkan surat khabar untuk aku duduk. “Abah..Ana datang ni..Abah…Maafkan ana abah..Ana sayangkan Abah…” bisikku perlahan. Tak baik aku menangis di sini. Aku sekadar menahan perasaanku. Selesai membaca yasin, Azmi membaca doa. Lancar dan sedap suaranya kudengar, persis suara imam Said Al-Ghamidi..

Setibanya di rumah, emak meminta Azmi makan tengah hari bersama. Puas ditolaknya, tapi desakan emak memaksanya untuk singgah sebentar. “Ana, marilah makan sama sini” panggil emak. Aku di dapur mengemas-ngemaskan apa-apa yang perlu. Arahan emak aku turuti sahaja. Tak ingin lagi aku melawan kata-kata orang tuaku. Azmi nampak tidak selesa dengan kehadiranku makan bersama. Kasihan dia, desis hatiku. “Ana, mak nak bancuh air sekejap ye..” kata emak meninggalkan aku dan Azmi yang belum habis menjamu hidangan tengah hari itu. Aku kehilangan kata.. Aku menyuap nasi perlahan-lahan. Perutku terasa seperti sudah kenyang walau hanya beberapa suap sahaja yang aku telan. Aku teringatkan abah. Rindukan dia..Terlalu rindu. Aku teringat tempat duduk Azmi di sisi meja itu, itulah tempat abah selalu makan.

Abah suka mengajak aku makan dengannya. Sup daging adalah makanan kegemaran abah, itulah juga makanan kegemaran aku. Teringat aku ketika aku berebut merasa sup dengan abah. Abah pula seronok melihat aku merajuk kerana dia sudah merasanya dulu.

“Ana..” panggilan Azmi mengejutkan aku dari lamunanku. Berdebar jantungku mendengar panggilan Azmi. “Boleh tolong hulurkan air basuh tangan tu pada Mi?” “Emm…” balasku sambil menghulurkan air basuh tangan tanpa memandang wajahnya. Aku sendiri tak pasti rupa wajah Azmi ini bagaimana. Entah lah kenapa, aku tidak rasa ingin hendak melihat wajah Azmi itu. Cukup sekadar melihat dari jauh dan mendengar suaranya sahaja. Aku sendiri tak tahu kenapa aku begini. Bencikah aku pada dia? Malu kah aku untuk memandang wajahnya? Adakah aku teringatkan abah ketika aku memandangnya? Entah lah..Perasaanku ini masih kabur.. Dia ligat membasuh tangannya. Kemudian, duduk bersandar menunggu emak. Aku tunduk sahaja sambil menyuap perlahan. Ku rasakan matanya memandangku lama.

“Ana..Mi harap Ana sabar dengan pemergiannya Pakcik Nuar. Allah sayangkan dia.. Mi dapat rasa kesedihan hati Ana…” Aku sekadar mengangguk-angguk tanpa berkata apa-apa. Aku nampak bayang dia tersenyum nipis memandangku. “Macam tu lah tunang Mi…”katanya sambil tersenyum lagi. “Dulu abah Ana selalu cerita pada Mi tentang Ana. Dia kata Ana ni anak dia yang paling manja. Yang paling dia sayang…” Aku terdiam. Apa lagi yang abah ceritakan pada dia? “ Pakcik Nuar kata anak dara dia ni penyabar orangnya, bijak, cantik, pandai memasak..Tapi kuat merajuk..” Aku tersenyum sedikit mendengar kata-kata Azmi. Azmi ini nampaknya seperti pemalu. Tapi pandai pula dia berkata-kata di hadapanku. Azmi tersenyum puas melihat senyuman ku tadi. “Kan manis Ana senyum macam tu… Barulah..” belum sempat Azmi menghabiskan katanya, emak sudah tiba dengan air teh susu. Aku diam lagi. Cuma emak dan Azmi sahaja yang bersembang.

bsambung...

Tuesday, June 5, 2007

~CALON PILIHAN ABAH~

Part 14

Di dalam kereta, ternyata Abang Ngah dan Kak Ngah diam sahaja. Cuma Shikin dan Nina sahaja yang bising mengajukan pelbagai soalan kepadaku. “Usu beli apa untuk Nina ??” soal Nina manja sambil memeluk lenganku. “Ada laaa….Usu beli macam-macam…cokelat pun ada usu beli..” Ujarku sambil mengusap-ngusap rambut Nina. “Usu beli tak untuk Shikin?” Tanya Shikin pula. Aku tersenyum mendengar soalan Shikin. “Mestilah ada….Usu beli hadiah untuk semua orang..Untuk mama dan papa Shikin, Untuk Maklong dan paklong, untuk Rizal ,Aiman, Ipah, Nenek dan Atuk” jawabku panjang. Tiba-tiba kulihat kedua-dua wajah itu muram. Entah kenapa. “Tapi atuk dah..” Belum sempat Nina menghabiskan katanya, Kak Ngah menyuruh dia diam. Aku tiba-tiba berasa resah dengan keadaan itu. Kenapa dengan abah??? Shikin dan Nina duduk bersandar diam. Abang Ngah dan Kak Ngah turut diam. Sunyi sepi. Aku sendiri tidak mahu menyoal apa-apa. Apakah hal keluarga yang dimaksudkan? Abah? Kenapa dengan abah? “Kak Ngah…” aku mula memberanikan diri menyoal. “Ana..Kita cakap kat rumah ye..” kata Kak Ngah perlahan.

Aku menjeruk perasaanku sehingga tiba di rumah. Hati ku berasa resah sungguh. Tiba sahaja di rumah, kulihat emak tersenyum di pintu pagar. Aku segera keluar dari kereta dan memeluk emak. Aku terlalu rindu padanya. “Mak, abah mana mak?” soalku laju, dengan hati berdebar menanti jawapan emak. Aku lihat air mata emak jatuh menuruni pipi tuanya. Emak memelukku lagi sambil mengusap belakangku. Kulihat rumahku sudah seolah-olah kehilangan seri. Dulu, pokok-pokok bunga terjaga rapi di luar rumah. Kini, pasu-pasu itu kosong. Kawasan rumahku sudah tidak berseri, Cuma kebersihannya sahaja tetap terjaga. “Mak…mana abah…”tanyaku lembut. Adakah abah sakit?

Kenapa emak menangis begini…Kak Ngah menarik kami masuk ke rumah. Aku duduk di sofa bersebelahan dengan emak di ruang tamu. Kak Ngah dan Abang Ngah duduk di sofa yang menghadap kami. Aku menggenggam tangan emak. Kak Ngah melihatku lama. Aku sekadar diam. Aku seolah-olah terasa rumah ini kehilangan sesuatu. Kak Ngah tunduk menangis. Abang Ngah serba-salah dengan keadaan itu lantas membuka mulut menerangkan kepadaku. “Ana…Abah dah tak da..” Aku terketar mendengar ayat itu. Wajahku mengatakan ketidakpuasan hatiku dengan jawapan Abang Ngah tadi, lantas Abang Ngah menyambung. “Ana..banyak-banyak sabar ye..Abah dah pergi tinggalkan kita semua..19 Mac lepas, pagi Jumaat. Lebih kurang 3 bulan lepas...” Abang Ngah berhenti seketika. Tiada kata yang terkeluar dari mulutku. Bibirku terketar-ketar menahan sesuatu. Aku sekadar mengangguk-angguk perlahan memandang abang Ngah. Emak mengusap belakangku. Nafasku naik dan turun dengan sukar. Sesuatu menahan di kerongkongku. Tiada air mata yang keluar. Aku boleh menerimanya. Aku boleh bersabar.

“Abah meninggal pagi itu di masjid..Lepas semayang subuh. Tiba-tiba saja dia rebah. Pak Su ada masa tu..Dia ajarkan shahadah..Alhamdulillah..Abah pergi dengan tenang..” Aku mengangguk-angguk lagi. Fikiranku kosong. Aku memandang emak dan Kak Ngah yang sedang tunduk menangis. Aku memandang ke kanan. Ku lihat sofa yang abah selalu duduk menonton TV. Aku sendiri tak dapat bayangkan wajah abah. Aku takkan dapat lihat wajah abah lagi. Selepas ini tak kedengaran lagi suara abah di rumah ini. Tak ada lagi kedengaran deruman motor abah pulang ke rumah dari masjid. Tak ada lagi suara abah bergurau senda denganku. Terasa panas kulit mukaku. Hidungku terasa sengal menahan perasaan yang terbuku. Air mataku keluar bertakung di mataku ku dan mengalir perlahan-lahan. Semakin lama semakin laju. Abah..Ana rindukan abah.. Aku mengetap bibirku menahan kesedihan dan kesayuan yang mendalam.

Aku lemas dengan air mata yang mengalir. Emak menyapu pipiku dengan tangannya. Belakangku diusap-usap penuh kasih sayang. Kali terakhir abah mencium dahiku ketika di lapangan kapal terbang Alor Setar tahun lepas, ketika menghantarku pulang ke Ireland. Perasaan marahku ketika itu masih bersarang teguh menyebabkan aku sekadar menjeling abah. Itulah ciuman terakhir abah yang aku tak hargai. Bahuku terhenjut-henjut menahan esak. “Sabar lah sayang…Abah dah pergi tinggalkan kita..Allah lebih sayangkan dia. Abah meninggal di hari yang baik, tempat yang baik…” pujuk emak lembut. Aku teringat selama ini, aku cuba mengelak dari bercakap telefon dengan abah. Selama tiga bulan lepas, rupa-rupa nya memang tiada apa yang perlu aku elakkan lagi. Tak ada.. Abah memang sudah tinggalkan aku ketika itu. Bila kali terakhir aku mendengar suara abah? Bila? Hari raya Haji yang lepas..itu lah yang terakhir.. Abah berpesan supaya aku menjaga diri, menjaga iman, jangan tinggal solat, jadi hamba Allah yang baik… Air mataku tidak mampu berhenti mengalir. Aku sendiri tak mampu mengawalnya.

Betapa aku ini bersalah kepada abah. Betapa aku ini anak yang derhaka. Betapa aku ini anak yang tak mengenang kasih sayang abah. “Mak…abah ada pesan apa-apa pada Ana…?” soalku lemah. “Abah selalu sangat sebut-sebut nama Ana seminggu sebelum dia meninggal..Teringin sangat nak bercakap dengan ana…” Aku menangis lagi. Lebih deras air mataku jatuh..Abah..Maafkan ana..Maafkanlah Ana.. “Dia teringat sungguh pada ana. Dia kata tak sabar nak jumpa ana. Nak suruh ana rawat dia bila dah jadi doctor…” Air mataku mengalir sehingga ku rasakan pipiku bergetah dengan air mata. Aku menyapu wajahku dengan tudung. “Sebelum ke masjid dia pesan suruh kirim salam pada ana pagi tu kalau ana telefon. Mak dah pun sampaikan pada ana..” sambung emak dengan nada sayu. Mata tua itu kutatap lama. Cengkung mata emak menahan semua ini sendiri. “Mak,..ana nak masuk bilik dulu..” kataku dan terus aku berlalu meninggalkan ruang tamu. Aku menangis lagi…

bsmbg...

Sunday, June 3, 2007

~CALON PILIHAN ABAH~

Terminal berlepas KLIA

Part 13
Tiba di Kuala Lumpur, aku menaiki pula kapal terbang domestik ke Alor Setar. Letih rasanya badanku ini. Tapi aku puas! Puas kerana aku telah pun pulang membawa kejayaan. Tak sabar rasanya hendak membawa emak dan abah bersamaku ke Ireland bulan depan untuk menyaksikan hari graduasiku. Akan aku pertemukan mereka dengan Hisham. Aku melambai-lambai Kak Ngah dari jauh. Shikin, anak saudaraku berusia 17 tahun dan Nina, berusia 5 tahun melambai dengan girang ke arahku. Aku tersengih riang. Aku bersalaman dan berpelukan dengan mereka. Hairan juga aku, ada pula masa dia dan keluarganya mengambil aku hari ini. Selalunya dia sentiasa sibuk dengan kerja-kerja politiknya.

Emak dan abah tak kelihatan pula. Kira-kira 5 meter dariku, kulihat abang Ngah sedang bercakap-cakap dengan seseorang. Pemuda berbadan sedikit berisi itu berpaling ke arahku. Direnungku sebentar dan senyuman manis dihadiahkan kepadaku. Siapakah dia? Itukah.. “Ana..pandang siapa tu..Itulah tunang ana,Azmi..” kata kak Ngah sambil tersenyum. Aku membalas senyuman kakNgah dengan cubitan ke lengannya. Shikin dan Nina tertawa melihatku. “Mak dan abah mana kakNgah?” soalku. Tak sabar rasanya hendak menatap wajah mereka. “Ada di rumah..Jom lah kita balik..” Kak Ngah terus saja memanggil Abang Ngah dan Azmi. “Dr Hana!! Apa macam? Sehat?” tegur Abang Ngah dengan penuh keceriaan. Abang Ngah memang periang orangnya. “Sehattt..alhamdulillah…” jawabku sambil tersengih. Azmi kulihat diam saja di tepi Abang Ngah. Aku sendiri tidak berani melihat wajahnya. Malu. Segan. Entah apa lagi perasaan yang bersarang. “Ini pulak..Dr. Azmi.. Ala Mi..Mai lah sini..Malu-malu pulak dia..” sambung Abang Ngah.
Aku menunduk malu dan memandang kak Ngah yang tersengih melihat Azmi. Dia nampak serba-salah untuk berhadapan denganku. Aku memberanikan diri menoleh memandangnya. Tepat pula ke wajahnya. Wajah itu nampak resah diperlakukan begitu. Orangnya hitam manis, berkulit sawo matang. Wajahnya nampak matang dan dapat aku rasakan dirinya seorang yang sangat pemalu. Kalau hendak dibandingkan dengan Hisham..Hisham jauh lebih kacak dan menarik pada pandanganku. “Emm..ana apa khabar” soalnya perlahan. “Alhamdulillah..” ringkas sahaja jawapanku. Sampai di situ sahaja jawapan sepatah aku. Aku terus pura-pura sibuk mengangkat beg kecil ku. “Mi ikut ke rumah sama?” Tanya Abang Ngah pada Azmi. “Emm..tak apa lah Angah..Urusan keluarga angah ni..tak eloklah Mi ada pula..” ujar Azmi. Urusan keluarga apa pula?? Aku tertanya-tanya di dalam hati.
bsambung....

~CALON PILIHAN ABAH~


Part 12

Petang itu Izzah, Zizi, Semah dan Intan menghantarku ke lapangan kapal terbang. Aku memeluk mereka seorang demi seorang dengan perasaan sedih. “Akak, kenapa sedih sangat ni..?” soal Zizi “Emm..iye laa..manalah tau, permohonan housemanship akak tertolak ke..Akak kena lah balik buat kat Malaysia…Tak dapat lah kita serumah lagii…” ujarku dengan nada sedih. Hatiku masih teringatkan Hisham.. “Kak, 2 minggu lagi kitorang balik Malaysia boleh la jalan-jalan Kedah, pi umah akak” sampuk Izzah yang sejak tadi diam. “Datang lah…Jangan tak datang pulak…” jawabku sambil mencubit pipi tembam Izzah. Aku perlu masuk ke balai berlepas sekarang. Cuma tinggal setengah jam sahaja sebelum bertolak. Aku melambai-lambai ke arah mereka sambil berjalan perlahan-lahan. “Ana!!” Satu suara memanggilku dari jauh. Suara yang aku kenali. Aku berpaling melihatnya. “Eh, Sham..Mana kau tahu aku balik harini..”kataku perlahan ketika dia tiba di depanku. Aku menunduk malu teringatkan peristiwa semalam. Berkali-kali dia menelefonku semalam, tapi tidak kujawab satu pun. “Takkan aku tak tahu pulak..Ni ha..untuk kau…Jaga diri ye..” Kata Hisham sambil menghulurkan bungkusan kecil kepadaku.

Aku tidak bercakap banyak. Sudah kutolak pemberiannya itu. Dipaksa juga aku menerimanya. Aku sekadar tersenyum tawar. Di dalam kapal terbang, segera aku membuka bungkusan pemberian Hisham. Cincin. Aku menyandarkan tubuhku lemah di tempat dudukku. Ada nota ringkas ditinggalkan untukku. ‘Ana, andai kau terima hati aku, pakai lah cincin ni.’ Aku masukkan sahaja kotak itu ke dalam beg kecilku. Mataku sudah tak mampu menangis lagi. Aku perlu melupakan Hisham ketika ini. Tak apa lah..pulang ke Malaysia nanti, akan aku pujuk abah supaya memutuskan pertunanganku dengan Azmi, dan menerima Hisham. Aku tiba di London dan terkocoh-kacah aku mengejar kapal terbang London- Kuala Lumpur pula. Aku tidak dapat tidur sepanjang perjalananku. Aku mendengar ayat-ayat suci Al-Quran dan nasyid yang dimainkan di saluran radio peribadi dalam kapal terbang itu. Itu sahaja yang dapat menenangkan aku sekarang. Aku memasang nekad untuk cuba berbaik-baik semula dengan abah kali ini. Akan kupujuk dia bila tiba masa yang sesuai nanti. Aku sangat sayangkan abah. Lagipun, abah sudah tua. Bagaimana kalau abah pergi dulu sebelum aku sempat memohon maaf kepadanya. Aku rindukan kemesraan kami dahulu. Aku rindukan abah..Biarlah kepulangan ku kali ini membawa semula keceriaan hidupku..

bersambung


Saturday, June 2, 2007

SEMANGAT YG HILANG...


Mcm tajuk lagu XPDC la plak kan...

Dalam keadaan kite yg sibuk nak exam mesti ramai yg tension,pressure , sensitive, rase
tak bersemangat la..xde mood la dan mcm2 lagi la.. ni mmg symptoms yg leh kite diagnosekan sbgai
EXAM FEVER

Ape yg boleh kite katakan dgn semangat...smgt ni satu perasaan..yg akan menghasilkan kerja atau daya yg menggerakkan...bile ade smgt maka akan datang kesungguhan...
So bile kite kate xde smgt or smgt hilang..means kite xde daya yg nak menggerakkan kite utk berusaha bersungguh2...Hasilnye kite akan membiarkan emosi menguasai diri dan setiap tindakan kurang berteraskan akal fikiran...

setiap disease sure etiology(cause) so same la cam hilang smgt ni mesti ade factor penyebabnye...
dan setiap org ade alasan masing yg menyebabkan die hilang semangat...
ade yg sbb die rase menyampah kat cikgu atau cikgu bias so bc mcm mane pun tetap x score,ade yg rase subject tu susah yg mmg xmmpu nak study...ade yg kate dah x cukup mase..so dah x smgt...dan mcm2 lagi...

ok so meh kite analize each reason yg dinyatakan td...

1) nyampah kat cikgu coz cikgu bias...bc macm mane pun ttp x score...


siape kite ??? and kat mana level kite sampai kite leh nak menyampah kat cikgu???.. muhasabah balik diri kita..kat mana tahap kite..even cikgu kite tu kafir tapi still cikgu dan level die sbgai seorg guru tu perlu la kite respect...sbb die guru yg mengajar kite...xkisah lah mcm mane pun die ttp guru...
cikgu bias tu mmg la biase kat sini..tapi kite pun bias gak awal2 dah nyampah kat cikgu...
mmg la manusia ni x lari dr bias..tapi klu kite leh jwb soalan ade ker cikgu akan failkan kite senang2 je...???

2)subject susah sgt sampai x mampu study ...
dalam dunia ni xde ape yg senang ... RAsulullah SAW nak menyebarkan Agama Allah pun bukan senang2 je bukan sekadar ckp2 sikit dah ramai memeluk Islam..pelbagai tentangan yg RAsulullah tempuh sama la dalam kite blajar ni xde ape yg senang ...tapi kena la ingat ni cume secebis dr selautan ilmu Allah...
klu kite berusaha yg susah pasti akan mudah...Insya Allah...

3) mase dah tak cukup xsempat nak study...
mase yg ade ni mmg sentiase x cukup bg la setahun utk prepare pun mmg x cukup...tapi kite kena pandai la plan utk cukupkan gak...mase yg ade cukup sebenarnye tapi kite yg xtau nak gune...mane nak cukup klu ade mase kite asyik dok main game la..chatting la , tu blum kire mase kite tgk malay series yg berlambak2.. dok berangan nak balik...menjelajah frenster... dan pelbagai activity sampingan yg memang WAJIB kite ketepikan..so klu kite mampu manage time kite..mase tu mmg cukup sebenarnye...Insya Allah


so ape impaknyer bile kite hilang semangat...?? byk benda kite x leh wat , kite akan hilang pertimbangan dan lebih byk melayan perasaan ...mase tu mase kite menjadi x productive misalnye duduk 5 jam mengadap buku clinical medicine satu benda pun x masuk...sudahnye tutup buku..tido...
pastu mulalah pagi exam sibuk nak bertawakal....Istilah tawakal ni memang slalu kite salah gunakan ...xberusaha alih2 kite main tawakal je..mane leh cam tu...klu mmg x baca buku..mcm mane nak jwb exam ..usaha perlu seiring dgn tawakal...

Ok berbalik pada topic asal SEMANGAT YG HILANG...kite pasti takkan hilang semangat as long as kite tahu matlamat setiap usaha kite tu... kenapa kite kena berusaha? kenapa kite belajar? dan kenapa kite di sini...?kenapa kite di CSMU ni? selagi kite keep on asking to ourself all these questions kite pasti xkan hilang semangat..



kite kena sedar yg kite telah Allah amanahkan utk berada disini sbagai medical student yg selepas 6thn kite grad maka menjadi tanggungjawab kite utk mengamalkan ilmu perubatan ni utk kemaslahatan ummah...tapi klu kite blajar pun main2 dan selepas kite grad kite gagal menyelamatkan patient kite hanya sebab kebodohan,kelalaian dan kelemahan kite maka kite telah gagal menyempurnakan amanah kite sbgai pengamal perubatan...memanglah Ajal dan maut ditangan Allah tapi klu sebab dr tu sendiri yg tak ingat mech of action sesuatu drug sampai bleh salah bg ubat atau lambat diagnose MI atas asbab kekurangan ilmu so x leh nk bc ECG maka jelas kat sini dr tu amanah dalam melaksanakan tugas nye sebagai dr...btul tak ??? fikir2kan.. Muhasabah balik diri kite , kat mane kite ?knapa kite pilih profession ni...dan kite nak jd dr yg mcm mane? Adakah kite nak jd dr hanya sebab gaji yg lumayan..atu mmg kite nak jd muslim doctor yg jage kebajikan ummah ...????

Kat sini nak share skit ape yg Ustaz Basil sampaikan mase class sirah last friday, menurut ustaz Basil selepas Isra' Mikraj dalam mase 10 hari Rasulullah telah pergi ke 26 kabilah utk berdakwah...dan di setiap kabilah tu bukan nyer Rasulullah dapat sambutan yg baik2,Bajrah ketua Bani Amir telah memukul kaki Rasullullah sampai baginda jatuh tersungkur...tapi Rasullullah tetap bersabar dan terus bersemangat meneruskan usaha dakwah baginda...kerana rase cinta Rasulullah pada Allah SWT...

Kesungguhan Rasullullah ni perlu lah kite jadikan iktibar..utk meningkatkan motivasi diri....dalam mase 10 hari Rasulullah telah pergi kepada 26 kabilah....mcm mana plak ngn kite dalam mase 10 hari berapa byk buku yg telah kite baca????

So berbalik pada situasi kite sbgai student...selagi matlamat kite menuntut ilmu ni Lillahi Taala bukan hanya sebb nak exam maka semangt itu akan terus subur....dan process menuntut ilmu ni akan jadi sebahagian dari ibadah...Bila kite merasakan menuntut ilmu ini satu ibadah maka kite akan rase kemanisannnya .....dan ilmu tu Insya Allah kekal lama dalam otak kite ni...

Dalam kehidupan kite as a student for sure kite nak score dalam setiap exam..klu bleh nk dpt 5 dalam setiap exam,tapi di sebalik keazaman kite yg kuat utk score ..kite kena ingat satu perkara bile kite xscore x bermakna kite xtahu ape2..so yg penting bukan markah dalam buku zacut(exam book )..tapi ape yg ade dalam otak kite ni utk kite amalkan utk treat patient ...and as long as kite dpt set mind kite study Lillahi Taala maka study ni bukan la satu yg payah coz kite ada Allah...dan selagi itulah SEMANGAT KITE TAKKAN HILANG....

Waallahualam...

*MI = Myocardial Infarction (bile cell kat jantung mati)

*ECG =Electrocardiagram (graf yg tunjuk rhythm jantung,so kite leh detect klu ade penyakit)