Monday, April 30, 2007

~CALON PILIHAN ABAH~

Part 6

Setibanya di rumah, aku segera bersolat zuhur dan membaca Al-Quran sambil menunggu waktu Asar. Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi menandakan ada mesej baru diterima. Segera aku membukanya…Hisham. ‘Sorilah tadi,aku bergurau aje. Jangan marah. Tapi..kalau betul apa salahnya kan..OK Ana, Stadi rajin², jumpa Isnin.A’kum’ Aku tersenyum sendiri. Memang sah Hisham menaruh perasaan pada aku. Tapi..Mungkin juga dia bergurau sahaja..sekadar nak menguji hati aku.



Aku berteka-teki pula dengan diri sendiri. Memang aku akui aku terasa gembira mendengar kata-kata Hisham tadi. Hati perempuan mana yang tidak bergetar apabila jejaka yang sudah bertahun-tahun menjadi idamannya meluahkan rasa begitu..?? Tiba-tiba wajah ayah menerpa mindaku. Aku tersenyum pahit. Maafkan aku Hisham..Andai betul itulah isi hatimu, ternyata kau sudah terlambat Sham..Maafkan aku.. Sepatutnya aku menelefon rumah pada hujung minggu begini. Tapi sudah hilang rasa rindu aku pada keluarga mengenangkan hati yang kecewa ini. Hujung minggu itu aku biarkan saja berlalu tanpa sebarang berita buat mak dan abah. Mak pasti merinduiku. Abah?? Biarlah dia…Aku bukan lagi anak manja abah…



Hatiku bertambah luka dengan gurauan Hisham tempoh hari. Sepatutnya hati aku sangat gembira ketika ini. Gembira dengan luahan hati Hisham yang aku sendiri tidak tahu ikhlas atau tidaknya. Tapi paksaan abah telah menarik kegembiraan yang sepatutnya aku rasai itu. Aku menangis lagi… Rasa-rasanya sudah tidak ada faedahnya aku memikirkan tentang semua ini. Peperiksaan sudah pun hampir tiba. Tak wajar untuk aku bermain-main dengan perasaan begini. Aku memandang sejadah..Pemberian abah. Pesannya berkali-kali sebelum aku bertolak ke sini semasa di tahun satu dahulu supaya tidak meninggalkan solat. Aku bangun lalu menunaikan solat hajat, memohon agar Allah tenangkan jiwaku dan dapat belajar bersungguh-sungguh menuntut ilmu untuk menjadi seorang doktor, berkhidmat demi agama, bangsa dan negara.



bsambung ....

~CALON PILIHAN ABAH~

Part 5

Hari Isnin menjelang dengan cahaya sang suria yang penuh meriah. Aku bangun dengan rasa penuh ceria, seolah-olah telah terlupa gelodak perasaan yang melanda hatiku semalam. Kad Azmi telah kumasukkan ke dalam kotak suratku dan sesungguhnya tak mungkin untuk aku buka lagi sehingga tamat peperiksaan akhirku. Aku segera bersiap-siap untuk ke hospital pagi itu. Hari ini aku perlu masuk ke bilik bedah dan aku mesti berada di sana tepat jam 7.30 pagi. Aku memilih baju jubah seluar ku yang paling menjadi kegemaranku sebagai tanda bermulanya hari-hari baru, tanpa ingatan-ingatan yang tidak sepatutnya bagi seorang pelajar akhir perubatan yang akan menghadapi peperiksaan tak lama lagi! Aku tersenyum melihat wajahku di cermin hari ini. Penuh semangat! Minggu itu berlalu dengan laju sekali. Sedar-sedar saja hari Jumaat sudah tiba. Hah! Leganya!! Esok cuti! Aku perlu melepaskan tekanan belajarku ini. Tak tahan lagi rasanya menghadap pesakit-pesakit, doktor-doktor pakar yang mengajarku (semuanya garang-garang belaka) serta buku-buku ku yang tebal itu selama 24 jam selama 5 hari. Begini lah rasanya menjadi pelajar perubatan! Hari Sabtu itu, aku dan Izzah turun ke bandar.


Seronoknya rasa hati aku ni sebab dapat beli barang-barang yang memang dah lama aku teringin nak membeli. Kami masuk ke kedai Body Shop. Aku dan Izzah membelek-belek lipstik yang pelbagai warna di situ. Aku tidaklah selalu mengenakan solekan di muka. Cuma kadang-kadang ..bila rasa teringin nak nampak berseri sedikit, aku calitkan sedikit lipstik dan blusher. Tergelak aku apabila Izzah menghulurkan lipstik berwarna oren, macam jus sunquick. “Amboi! Oren sangat lah tu….Tak sesuai..”, ada suara menyapa kami dari belakang. Aku segera menoleh dengan ketawa yang masih belum hilang. Hmm..dah agak dah..memang aku kenal suara dia. Hisham tersengih memandang aku dan Izzah. Izzah dengan malu-malu segera meletakkan semula lipstik oren itu ke tempatnya. “Uish..Ana, nak exam ni..sempat lagi bershoping…” “Alaa..release tension kejap..Yang kau tu..masuk kedai orang perempuan ni apa cerita?” balasku dengan rasa puas hati dapat mengenakan dia semula. Hisham menambah sengih yang tak hilang-hilang dari mukanya dari tadi. “Tak ada lah..tadi aku nampak kau dengan Izzah..Cepat betul kau jalan..Penat aku kejar..heh” “Yang kau kejar tu buat apa..Kau bukannya larat sangat..Badan pun kurus..Macam tak cukup makan” “Itulah Ana..Aku ni kurus sangat..Bilalah aku nak merasa masakan kau ye Ana..Semua orang kata kau masak sedap..Tapi aku ni sekali pun tak pernah rasa masakan spesel kau..” “Hish! Bagi kau makan buat apa…tak balik modal..kurus sama jugak..” “Ooo…sombong ye..tunggulah..kau jadi bini aku nanti…hari-hari aku nak makan masakan kau” katanya sambil tersenyum. “Sape yang nakkan dia, tak malu!” Kataku laju. Terasa panas mukaku ketika itu. Malu nya!! Kenapa tiba-tiba dia berkata begitu..Segan aku dibuatnya. Si Izzah dari tadi cuma tersenyum. Geram aku dibuatnya. Hisham beredar tak lama selepas itu. Aku dan Izzah pula terus pulang memandangkan jam sudah pun pukul 2.30 petang. Solat zohor pun belum.


Izzah mula menimbulkan isu Hisham tadi di dalam bas. Beria dia menceritakan wajah hisham yang nampak agak bersungguh-sungguh bila dia mengatakan soal ‘bini’ tadi. “Akak…betul kak..Muka dia..macam berharap je kak..senyum penuh makna! Akak pulak pegi tunduk malu-malu. Siap merah lagi muka akak..Kelakar Izzah tengok..hihi” “Izzah….nak kena ye..Ish budak ni…bukan main suka lagi awak menyakat akak ye” kataku sambil menghulurkan tangan untuk mencubitnya. Sebenarnya, hati aku ni rasa berbunga-bunga juga mengingatkan apa yang dicakapkan oleh Hisham tadi. “Adoi kak..jangan laa..malu…dalam bas ni…” Izzah menjerit perlahan. Padan muka. Seronok sangat menyakat aku.
bsambung...

Wednesday, April 25, 2007

~CALON PILIHAN ABAH~

Part 4



Sejak kecil hingga besar, aku memang menjadi anak kesayangan abah. Memang aku tak boleh berenggang dengannya. Sampai aku masuk tingkatan satu, aku dihantar ke sekolah agama berasrama di Kedah. Minggu pertama aku di sekolah, aku menangis rindukan abah. Susah payah abah datang melawatku tiap-tiap hujung minggu semasa di tingkatan satu. Sampai tingkatan satu aje lah, selepas itu, aku sudah semakin matang. Tak payah lagi abah datang selalu-selalu sangat. Aku pun tahu abah bukannya larat hendak memandu kereta jauh-jauh. Berkat doa mak dan abah, serta semangat yang diberikan oleh abah, aku berjaya menyambung pelajaran tingkatan 4 ku di Kolej Islam Kelang berdasarkan keputusan PMR ku yang sangat cemerlang. Sejak itu, semakin jarang abah menjengok kerana terlalu jauh. Usia abah ketika itu pun sudah 65 tahun. Itupun abah datang juga sekali sebulan menaiki bas. Dia tak mampu lagi memandu jauh-jauh dari Kedah ke Kuala Lumpur. Abang Long dan keluarganya memang tinggal di KL, tapi jarang-jarang sekali mereka melawat aku. Mungkin Abang Long dan isterinya, Kak Ti sibuk dengan kerja dan anak-anak mereka. Aku menjejakkan kaki ke Matrikulasi sains tulen di UKM setelah tamat tingkatan 5 dan setelah itu ditawarkan kursus perubatan di Ireland ini.



Abah begitu bangga dengan kejayaan aku itu. Memang sejak kecil, abah mahu aku menjadi seorang doktor. Permainan aku semasa kecil pun, permainan ala-ala doktor.. ada jarum kecil (yang tidak tajam langsung), ada botol-botol ubat, ada stetoskop plastik berwarna merah dan hijau… Aku melirih pandanganku ke stetoskop ku yang tersangkut di penyangkut baju dengan kot putih ku..Aku tersenyum sendiri..Kini aku mempunyai stetoskop sendiri! Ah Abah!!! Aku tertidur dengan memori-memori lamaku itu..



Pagi Sabtu itu aku bangun awal seperti biasa sekalipun tak ada kelas. Pukul 5.30 pagi, aku sudah siap solat subuh dan membaca ma’thurat. Subuh masuk pukul 4 lebih sekarang. Waktu syuruk dalam pukul 6.40 pagi. Aku menyangkut kain sembahyang ku. Aku mesti belajar hari ini! Mesti habiskan sekurang-kurangnya sampai muka surat 300 buku Clinical Medicine ku itu. Entah lah kenapa minggu ini aku susah benar hendak menumpukan perhatianku pada pelajaran. Sebelum ini, sekalipun dilanda perang besar dengan abah, aku masih mampu menumpukan perhatianku.



Aku mengambil semula kad kiriman Azmi yang kuletakkan di atas meja semalam. Bagaimanakah orangnya Azmi ini…Aku mengulang membacanya lagi. Katanya tak mahu mengganggu aku belajar. Kenapa tiba-tiba menghantar kad pula di kala-kala aku sedang melawan perasaan tak tenteramku ini. Segera aku masukkan kad itu ke dalam laci, membuangkan ia dari pandangan mataku. Fikiranku berselirat. Apa yang mengganggu hatiku ini? Ayah? Azmi? Hisham? Ntah lah..susah untuk kutafsirkan. Lupakan semua itu Ana!!!! Belajar sekarang!!!! Aku mula menunduk memandang buku dan membaca ayat demi ayat. Ah! Satu pun tak masuk ke otakku. Aku memandang jam di meja. Pukul 6.15 pagi. Alamak! Budak-budak ni dah bangun ke belum? Aku segera keluar mengetuk pintu bilik adik-adik rumahku. Semuanya bangun dengan mata terpisat-pisat dan beratur di depan bilik air. Aku tersenyum melihat mereka. Mereka macam adik sendiri. Maklumlah.. aku tak ada adik.



Hmm..Azmi itu anak keberapa ya.. Berapa adik-beradik dia ada..Aku teringat pula Abang Deris dan Kak Ilya. Rasa-rasanya mereka itu sepupu jauhku. Aku pernah berjumpa mereka ketika masih tinggal di Kedah, sebelum berpindah ke Kuala Lumpur. Abang Deris dan Kak Ilya..Takkan lah aku nak panggil mereka mak dan abah pulak lepas..lepas.. erk…Aku segera memegang dahi ku…Aku ni..demamkah?? Tak pernah-pernah aku terfikir pasal dia selama kami bertunang. Aku segera beralih ke buku-buku ku..Cepat ana! Tumpukan perhatian! Periksa tinggal sebulan aje lagi!! Hari ini 19 Mac! Peperiksaan akhirku pada 17 April! Kurang daripada sebulan! Akhirnya…berjaya juga aku mengetepikan segala soal perasaan dan emosi ku. Fikiranku hanya tertumpu pada gambar-gambar contoh pesakit yang ada dalam buku itu….



Hari Ahad! Aku sungguh gembira kerana telah berjaya menghabiskan sehingga muka surat 500! Sungguh produktif sekali aku minggu ini! Buku setebal lebih kurang 1500 muka surat itu akan aku habiskan sesegera yang mungkin. Pukul 4 petang. Selepas sembahyang asar, aku segera turun ke bawah untuk melepaskan tension di ruang tamu. Dah lama aku tak tengok tv! Hmm…tapi tak ada apa-apa pun dalam siaran. Iklan aje yang lebih. Tiba-tiba Izzah masuk. “Tadi Izzah dengar akak turun. Izzah pun turun lah sekali..Join sekaki..ehehe” kata Izzah penuh keriangan. “Apa yang Izzah syok sangat ni…bukan main lagi menyengih kat kita” “tak da apa..kak..Kad tu…sapa yang hantar kak? Cepat la cakap..Tunang akak tu ke kak?” “Hish..senyap-senyap laa…nanti kang orang lain dengar..teruk akak”, kataku sambil meletakkan jari telunjukku ke mulut tanda menyuruh Izzah diam. Aku mengajak Izzah ke bilikku. Tiba saja di bilik, aku terus menunjukkan kad kuning itu pada Izzah.. “Uiii…romantiknya dia kak…siap bunga matahari lagik! Siap ada lukis gambar love lagi ngan pen metalik pulak tuu…Ish..mesti dia sayang akak nih” “Apa merepek ni Izzah..Akak jumpa dia pun tak penah..Emm adalah kot masa kecik-kecik dulu..Macam pendek je budaknya. Ada hingus pulak tu kat hidung. Ntah dia ntah bukan yang akak tengok masa kecik-kecik dulu..Akak baru darjah dua lah masa tu.. Takkan tiba-tiba nak sayang akak pulak..Masa kecik-kecik akak pun ada hingus” Selorohku dengan panjang lebar untuk menghilangkan rasa gundah di hatiku.



“Alaaa akak…chenta itu buta lah kak..ahahah…Kalau dia tengok akak sekarang mesti terpana punya lah…Lemah lembut, ayu, sopan santun, comel, manis…” “Ha…jangan nak mengada-ngada lah..akak nih tak lawa,mana ada orang nak!” “Alaaaa….Hisham tu ..dah lama syok kat akak..dia saja taknak cakap..Dekat rumah dia, bukan main lagi bising cerita pasal akak..Tak percaya tanyalah Si Hanif tu” “Hmm..angan-angan tinggal angan-angan aje lah Zah…Hisham dah lambat..Akak dah jadi hak orang lain…” kataku sambil membaringkan diri di katil dan memandang syiling. “kak…jangan la sedih…Azmi tu..gayanya ,macam budak baik je kak…” Aku tersenym memandang Izzah..Harap-harapnya begitulah..Aku seolah-olah sudah boleh menerima sedikit sebanyak hakikat bahawa aku ini tunangan budak lelaki berhingus bernama Azmi itu.. Aku tersenyum lagi..



“Kak! Beranganke? Ish…Akak pegi belajar kak…Exam kak…Exam…” kata Izzah dengan nada menggerunkan..Aku segera bangun dan mencubit Izzah. Tak lama lepas tu Izzah pun keluar. Tinggallah aku seorang diri termanggu-manggu memikirkan apa yang kami perkatakan tadi. Entah lah kenapa minggu ini..Aku terlalu memikirkan hal itu. Aku menggeleng-gelengkan kepalaku. Menyesal dengan tindakanku yang terlalu melayan perasaan ini. Selama 4 tahun setengah ini, pernah juga dua tiga kali aku dilanda masalah besar dengan kawan dan tak lupa juga Dr Khasim, doktor berasal dari Saudi yang meminatiku. Tapi aku tidak pernah berasa terganggu seperti ini. Tidaklah aku terlalu melayan emosi sebegini rupa. Sudah 2 kali aku menangis dalam masa seminggu!


Entah kenapa minggu ini. Aku mencapai diariku. Membelek-belek dua tiga hari sebelumnya. Memang sah sejak hari Khamis lalu, segala jenis perasaan aku coretkan dalamnya. Hmm…tak lah lama..Baru 4 hari aku dilanda ‘blues’ begini. Entah apa yang menanti aku esok hari… lagi




bsambung...

Warkah Dari Abah






Assalamualaikum duhai anakku sayang,

Bagaimana dirimu disana,Abah harap kakak sentiasa sihat dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT....

Kakak...
Abah terlalu rindu dan sayangkan kakak.....tak sabar rasenye menanti kepulangan kakak dgn segulung Ijazah perubatan...tetapi apa yg lebih Abah harapkan...adalah kepulangan puteri abah yg masih terpelihara... yg bersih jiwanya.....dan masih penuh dgn rase kehambaan terhadap Allah SWT...

kakak...


maafkan abah kiranya tindakan abah buat kakak lemas...
maafkan abah kirenya keprihatinan abah buat kakak rase terkongkong
maafkan abah kirenya ketegasan abah buat kakak rase terbatas...
mungkin sikap abah buat kakak rasa malu bila berada dikalangan sahabat2 seusia dgnmu...

maafkan Abah ..anakku....
tapi ketahuilah anakku...abah terlalu sygkan putera puteri abah...

kakak....
dalam meniti usia yg menginjak senja ini, tiada apa yg lebih diharapkan oleh Abah...selain keredhaan Allah pastilah Abah ingin melihat putera-puteri abah berjaya didunia dan akhirat lebih2 lagi...

Lantaran itulah mulut ini ringan mengatakan tidak pada setiap permintaan mu....walaupun abah semakin tua dan kakak semakin meningkat dewasa... dan sudah bisa membuat keputusan sendiri...tapi apakan daya puteri ku abah mu ini walaupun sedar dirinya telah tua tetapi tidak merasakan anaknya cukup dewasa....
Pada abah, puteri abah ini masih lagi anak kecil yg penuh dgn keletahnya yg mencuit hati........

Anakku sayang....

kerana abah lebih dahulu melalui zaman muda....maka abah sudah tahu dimana onak dan durinya....
lantas abah tidak mahu kakak mensia-siakan zaman mudamu begitu sahaja....
ketegasan abah dlm mendidikmu...supaya kau tidak terjebak dalam kancah cinta dunia yang sementara...
kerana kau terlalu berharga duhai puteriku....

kakak….

pada Abah kasih sayang yg Abah dan Ibu curahkan sudah cukup utk kakak, lantaran itu abah merasakan buat mase ini kakak tidak perlu mengisi rase kekosongan dgn mencari cinta lain selain cinta hakiki lagi abadi…Cinta yg lebih mendamaikan jiwa….iaitu Cinta pada Sang Pencipta…..Allah SWT…

kakak..,
bagaimana dgn prestasi pelajaran kakak ….smakin bertambahkah ilmu di dada….
Semoga kakak terus tabah dalam meneruskan perjuangan menuntut ilmu…
Semoga puteri Abah ini nanti akan pulang dgn segulung Ijazah Perubatan yg bakal dimanfaatkan sebaiknya utk kemaslahatan ummah…

Kakak…
ini mungkin warkah.. terakhir dari Abah....abah sendiri tak pasti adakah abah berpeluang bertemu dgn kakak sekembalinya kakak ke tanah air nanti….
Andai ajal menjemput abah terlebih dahulu dan kita x sempat bertemu…kakak ingatlah segala pesan2 Abah…

Selaku anak sulung kakak jage lah ibu dan adik2 …..
pastikan adik2 mendapat pendidikan yg sempurna…..dan kakak bertanggungjawab memastikan mereka sentiasa berada dijalanNya….

Sekian dulu anakku…semoga kau istiqamah dalam amalan dan sentiasa bersemangat dalam perjuangan…..

Salam Sayang,

~Abah~