- Kerana DIA -
“Umi….Mizi minta maaf…Mizi tak tau boleh jadi cam ni…”itu jer perkataan yang mampu aku luahkan…Dari corong telefon aku denagr suara ibu tenang dari kejauhan.
“Tak perlah Mizi…teruskan je belajar.Umi akan usaha cari duit untuk Mizi.Tp ingat…ni bukan kesalahan tau.Ini ujian namenyer..Mizi kene sabar…Umi kene sabar….”Aku diam…sakitla.Serabut otak ni.Aku baru tahun dua stady kat sini.Aku mungkin tak stady sini klu aku tak dapat scholar….tapi baru dua tahun…scholar aku ditarik…hanya kerana aku penggiat usrah kat sini.Pelik….takkan aku nak jadi penggiat seni cam kat negara kiter skang nih….yang mmg banyak dapat publisiti…
“Umi….”aku tatau nak cakap aper..
“Mizi,belajar Lillahi Taala…ader la rezekinyer nanti.Umi buleh usaha.Yang penting Mizi usaha dan tawakal.Ingat…motivasi yang terbaik untuk kiter terus ingat dan dekat pada Allah adalah kesusahan.Allah berikan pada Rasulullah bukan kesenangan kan…tp ketenangan disebalik kesusahan dan kesederhanaan hidupnya.”
“Tapi umi kene cari duit lebih…”
“Apa yang lebihnyer….itu taggungjawab umi.klu Mizi tak belaja kat situ pun Umi kene kerje….”
“Umi jadilah doktor balik…”usulku.Jelas cam budak kecik.Aku tak tau prosedur ape yang mesti umi lalui untuk bertugas balik sebab dah lame umi letak jawatan itu.Yang penting aku nak umi kerje…may be kerje seorg doktor…buleh menjamin kami sekeluarga..
“Mizi…Mizi…..Rezeki allah bukan bergantung pada kerje kamu.tp pada usaha dan keberkatan….cam nilah…kang abih duit kamu kol umi.kamu tenangkan diri.Belajar cam biasa dan jgn risau pasal ni.k….yakin pada Allah…Allah akan bantu kita.Ingat…jangan kerana ini…..kamu hilang semanagt untuk terus berusaha untuk dakwah dan agama….”
…tut…
Talian terputus.Kutarik napas panjang.Ringan sikit fikiran ni.Terbayang aku pada umi yang tak pernah menampakkan resahnya.Apa umi mmg tak pernah resah gelisah ke???Air mata nih bergenang…aku tak kisah la klu ader orang nampak..n kata aku anak mak…tapi aku nak sume org tau perasaan aku.Aku anak sulung..umi keje sorang.Aku raser bebankan umi bile aku belajar tanpa scholar.
Hehe…tapi itu peristiwa dua tahun lepas.Skang aku dah pun di tahun 4.Sempoikan….semuanya dengan kekuatan dan kasih sayang umi.Allah bantu aku…dalam pada masa yang same…Muaz dan Mardhiah pun belajar.Kuatnya umi.
Aku ingat lagi…ketika cuti summer tahun lepas.Tahun tiga…Aku terpaksa pulang bercuti sbb ader Liqa’ Jemaah.Umi kater pulang je walaupun tak der duit.Penting untuk aku ikut usrah tu….Untuk kebaikan Ummah…Umi kater tak dapat sumbang duit….sumbang fikiran.Itulah yang buleh aku lakukan dalam musyawarah atau liqa’ yang bakal berlangsung.
Tapi summer kali itu sangat bererti buatku…Terlalu banyak mender kupelajari dari umi.
Aku bantu umi berniaga…jadi aku nampak bagaimana umi bermuamalat.Aku bantu umi ajar kanak-kanak di taman tempat tinggal ku mengaji…aku nampak bagaimana umi menyampaikan ilmu.Aku temani umi membuat kelas agama untuk wanita-wanita di taman ini…aku nampak bagaimana umi buleh jadi sahabaat dan guru dalam satu masa.Sume tarbiyyah umi secara tak langsung….
”Klu kamu lihat dan kamu fikir akan setiap peristiwa,maka kamu akan dapat pengajaran dari setiapnya..” umi selalu cakap cam tu.Aku senang ngn cara umi mengajar ku.Moga aku pun akan bijak sepertinya dalam mendidik anak-anak.Moga aku mampu bertindak dengan tindakan umi….berfikir denagn cara umi,berbicara ngan kata-kata umi yang segalanya umi tegaskan mestilah…KERANA DIA.
No comments:
Post a Comment