EXAM sudah DATANG!!!
Jangan Pandang Belakang
1) bagaimana nak belajar secara konsisten
panel: konsisten – secara berterusan.
Dalam hal study..ramai yg berpendapat,untuk mendapat keputusan yg cemerlang….maka satu hari seorg student tu mesti kene study 3-4jam.tp hakikat yg berlaku,bukan senang nak study 3-4 jam sehari diluar waktu kelas.kite sendiri akan memberi alasan mengenai anasir-anasir yg ade di sekeliling kita..muvie,dvd,internet.
Tindakan yg bijak untuk konsisten adalah SEDIKIT TP BERTERUSAN DAN BERKESAN.ade org…belajar mmg 3-4 jam tp die tak mampu menguasai semua tajuk yg die study.tp ade org study only in some minute or one hour then die dapat ape yg die study kan.KEUPAYAAN KITE MEMANG BERBEZA.maka…kenali dan ketahui keupayaan diri.
Jika anda seorg yg mmg tak dapat memberi tumpuan dalam kelas,maka pastikan di luar kelas anda study untuk mengulang kaji ape yg telah ckgu ajarkan dikelas.Jika anda seorg yg tinggi kosentrasi dalam kelas..maka memadai dgn study sejam tp dgn input yg mantap hasil penumpuan dalam kelas.bermakna.study anda yg hanya sejam itu adalah untuk mengulang dan mengukuhkan kefahaman.BUKAN BARU NAK TAHU TAJUK PELAJARAN.
2) bagaimana nak mendapatkan ilmu yg BERKAT?
Panel: berkat-sesuatu yg sedikit tetapi mencukupi atau dalam kata lain SEDIKIT,cukup…bile BANYAK,tak berlebih.
Kisah TENTANG KEBERKATAN.
Pada suatu hari,Abu Hurairah sedang lapar.Siapa Abu HUrairah??Seorg sahabat nabi yg hanyer tinggal bersama nabi selama 3 tahun tetapi telah meriwayatkan sebanyak 5473 buah hadith (contoh berkatnya ilmu Abu Hurairah)
Dalam keadaan yg lapar,die telah berjalan-jalan sehingga bertemu dgn Abu bakar.
“Ucapkanlah padaku beberapa ayat wahai Abu BAkar..”kiasan Abu Hurairah pada Abu Bakar.Harapannya agar Abu Bakar memberikannya sesuatu untuk dimakan.Namun Abu Bakar tak mengerti dan hanya mengajarkan nyer beberapa ayat.Setelah menerangkan hal keadaan ayat..Abu Bakar berlalu.
Abu Hurairah menerskan perjalanan.”Owh..die tak memahami kiasanku.Belum ada rezeki…”.Kemudian,berselisih pula dgn Umar Al-Khattab.
“Ucapkanlah padaku beberapa ayat wahai Umar..”kiasan Abu Hurairah pada Umar.Harapannya sama seperti tadi.Mengharapkan Umar dapat memberikan die sesuatu untuk di makan.Namun..keadaan yg same berulang.Umar hanyer mengajarkannya beberapa ayat kemudian berlalu pergi.
“Ya Allah…”Abu Hurairah masih lapar.Perutnya makin berkeroncong ala-ala hip hop.Perjalanan nyer diteruskan sehinggalah die bertemu rasulullah.
“Assalamualaikum Ya Rasulullah….”
“Waalaikumsalam ya Abu Hurairah….”
“Ya Rasullullah…ajarkanlah padaku beberapa ayat…”pinta Abu Hurairah.
Rasulullah tersenyum(tanda paham maksud sebenar Abu Hurairah).”Marilah ke rumah ku.Akan ku jamu engkau dengan sesuatu agar laparmu hilang.Abu Hurairah gembira kerana rezeki bakal tiba.Bunyi-bunyian perutnyer akan dihentikan.
“Sebelum itu…tolong panggilkan aku ahli suffah yang lain.aku juga ingin menjamu mereka.”Pinta Rasullullah pada Abu hurairah sebelum die meneguk semangkuk susu yg disajikan oleh Rasullullah untuknye.
Abu Hurairah megira-ngira.Ada belasan malahan ramai ahli suffah yg hadir utk menerima jamuan nabi yg hanye semangguk susu.Die memerhati yg setiap org dari ahli suffah minum dr magkuk susu itu sehingga kenyang…dari seorg..ke seorg lagi ahli suffah…hingga sampai kepadanya…Abu Hurairah pelik kerana semangkuk susu td masih berisi dan mampu memberi kenyang kepada semua ahli suffah yg hadir….DENGAN IZIN ALLAH dan inilah dia KAF.ba.RO.kaf.ALIF.ta.NUN --->keberkatan.
Dan sebagai seorg mukmin…apa yang perlu kita cari adalah KEBERKATAN agar kite SENTIASA TENANG DAN MEDAPAT NIKMAT DLAM BERIBADAT.
Cara untuk mendapat keberkatan:
1) mendapatkan rezeki dengan cara yg halal
2) bersyukur atas apa jua yg Allah beri
3) membelanjakan harta di jalan Allah
Ciri-ciri ilmu yg berkat(menurut Imam Ghazali):
1) ilmu bertambah hebat kerana Allah
sepatutnya,ilmu yg kita miliki mampu menjadikan kita muslim yg patuh dan dgn itu ilmu yg kita akan menjadi lebih hebat hanya dengan keizinan Allah taala.Ada diantara kita leka dengan kejayaan yg kita perolehi.dengan kejayaan yg sentiasa kita perolehi akhirnya menjadikan kita seorg yg TAKUT GAGAL.jd…diri kita akan sentiasa diselubungi kegelisahan dan ketakutan pada kegagalan.sedagkan kita sudah tahu yg Allah akan bg apa jua yg terbaik untuk diri kita.andai kata mendapat kejayaan…maka bersyukurlah padaNYa dan jika gagal maka kembali dan mengadulah kepadanya.
Segalanya hanya dgn RETURN TO ALLAH
RETURN TO ISLAM
Mafhum firman Allah dalam Al-Quran,”siapa yang takutkan Allah dan mereka adalah ULAMA’(orang-orang yg berilmu)”
2) ibadat bertambah (kerana raser nikmat bile beribadat)
3) bijak menyembuhkan penyakit(penyakit hati-riya’,ujub)
4) bijak patahkan tipu daya syaitan
3)Adakah gagal sekali menunjukkan yg kita ini akan gagal selama-lamanya??
Panel : merujuk pada firam allah dalam surah al-baqarah,
“ Dan pasti Kami akan mengui kamu dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan.Dan sampaikanlah berita gembira kepda org2 yg sabar”(155)
“ iaitu org2 yg apabila ditimpa musibah mereka berkata INNALILLAHI WA INNA ILAIHI RAJIUN….”(156)
Berdasarkan ayat di atas,awal2 lg Allah dah katakan yg Dia akan menguji setiap org yg beriman dgn ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan.KETAKUTAN terhadap datangnye exam dan ketakutan menghadapi kegagalan adalah satu ujian dr Allah.tetapi pada ayat yg sama juga…cepat-cepat Allah ingat kan bahawasanye…Ada berita gembira untk org2 yg bersabar.Siapa kah die org yg bersabar???maka mereka itulah org2 yg bile ditimpa musibah…tidak menyalahkan takdir atau pun meratap menangisi nasib…bahkan jua hanye menyebutkan INNALILLAHI WA INNA ILAIHI RAJIUN(dari Allah kita datang dan kepadanya kita kembali)
So,ape yg kiter nak pertikaikan lg.sudah lumrah yg Allah mmg akan uji kita dgn sedikit ketakutan…then…die akan bg balik something yg spesel utk gembirakan hati kita.Apa yg perlu dibimbangkan dgn kegagalan yg sekarang kerana Allah akan berikan kita kegembiraan di satu mase yg kita sendri tak tahu bila.
Jenis-jenis keGAGALan:
1)gagal yg diuji
Kegagalan semacam ini adalah satu kegagalan yg sering berlaku pada mereka2 yg berusaha namun apa yg didapati pd result tidaklah seperti usaha yg dilakukan.
Malangkah anda jika telah berusaha tp masih gagal???
Off course not….absolutely TIDAK!!!apakah nilaian anda terhadap DAKWAH NABI NUH yg hanya berjaya menislamkan lebih kurang 90 org manusia dalam tempuh lebih 900 thun?adakah itu kegagalan?ini tak lain tak bukan adalah menepati syarat yg Allah tetapkan kpd org2 yg beriman iaitu utk menguji iman mereka.
Apa yg perlu kita lakukan bila menerima UJIAN KEGAGALAN???
Berbalik kepada isi panel pertama..
RETURN TO ALLAH
RETURN TO ISLAM
Kita jarang nampak segala kekurangan yg kita buat ketika menuntut ilmu.kita asyik melihat usaha kita yg mana pada kita adalah telah menepati kehendak Allah sebagai pencipta.sedangkan kesalahan yg kita buat kita tutup walaupun kita tau kesalahan dan kecacatan tindakan kita sbg hamba akan mempengaruhi keberkatan ilmu yg kita dapat.Oleh itu,SILA LIHAT KESALAHAN SENDIRI dan KOREKSI PERIBADI.
2)gagal yg buta
Kegagalan yg dicari.Kite sendiri tak berusaha dan mengabaikan tanggungwab sbg seorg pelajar.
Sebagai seorang pelajar,konsep BELAJAR LILLAHI TAALA adalah penting.disebabkan konsep ini,seorg student tu akan cube memenuhi tanggungjawab dia sbg HAMBA padamule nyer dan kemudiannya sebagai PELAJAR.die akan berusaha untuk mencari jalan cara study yg terbaik yg sesuai bgnya dan dapat menguasai pelajaran.Jadi,bg student yg mmg langsung tak nak belajar,membuang masa dgn sia-sia,enjoying,lepakking saje….maka anda mmg ingin mengudang KEGAGALAN secara buta.Then,jgn salahkan org lain apabila kegagalan itu berlaku pd anda kerana sikap anda sendri.
Sebagai seorg pelajar muslim,apa yg kita kene perbetulkan adalah BELAJAR DGN CARA ISLAM.kita sendiri boleh melihat bagaimana cara kita memulakan proses ulangkaji dgn..
Gambatte!!chayok!!gud luck!! :P
Sedangkan kiter tahu adalah lebih baik agar kite mulakan segala proses ulangkaji kite dgn BISMILLAH.perkata ini nampak remeh tp jgn kiter lupa BISMILLAH akan mengundang keberkatan Allah pada kita.so,perbaiki cara anda memulakan study.
Kadang-kadang,kehidupan kita sebaai seorg pelajar tidak kita penuhi dgn tanggung jawab sebagai seorg hamba.Hati yg penuh dgn UJUB dan RIYA’ kerana sering mendapat kecemerlangn menjadikan kita tidak melihat ke bawah.Sedangkan kita tahu yg org BERILMU juga mudah tersesat dgn ilmunye sendri.Kisah Ifrit dan anaknya:
“Ayah,apakan golongn manusia yg paling baik utk kita sesatkan?”taya si anak Ifrit
“Ayah yg patutnye tanyer soalan ini pada kamu.Mmm…klu kamu,golongn yg manakah yg akan kamu sesatkan??”
“Saya nak sesatkan golongn yg tidak solat,derhaka pada ibu bapa,minum arak…senang sikit kan ayah?”
“Anakku,klu golongn yg cam tu,kamu tayah sesatkan pun mereka dah mg sesat.So,target kita sekarang adalah MEREKA YG BERILMU.”
“isk…cam ne tu ayah???nak sesatkan org berilmu.Diorg kana de ilmu,cam ne kiter nak sesatkan?”
“Sesatkan mereka dgn RIYA’ “
Jadi,kita sendiri nampak betapa penting nya HATI yg enjadi punca Riya’ agar dijaga dgn baik.Kita nakkan ilmu yg berkat dan klu boleh Allah pelihara kita dgn kegagalan,maka kita kene berusaha sebaik mungkin dan menjaga hati dan iman.
Hubungn Dengan Allah
Hubungn Denga MAnusia
Dua perkara di atas perlu dijaga.
Dalam proses pembelaaran,yg paling penting kita STUDY SMART.ada banyak cara utk study smart.terpulang pada keselesaan individu itu sendri.Tp, sy merangkumkan yg study smart itu adalah:
1) HUBUNGN DENGAN ALLAH
2) HATI YANG BERSIH
3) BERSEDIA MENGHADAPI EXAM
Bagaimana menghadapi exam??
Bahagikan masa sebelum,semasa,dan selepas exam.
Sebelum….study,semasa…REPEATITION dan selepas….TAWAKAL dan DOA.
Studylah dua paper pertama yg akan anda duduki andai anda hendak mangaturkan masa.Dan sentiasa membuat ulang kaji dan REPETITION.
“Repeatition is mother of EDUCATION”-mr.Bondarenko
JAdi,anda sendiri buleh menilai diri anda di mana sekarang dan jalan setadi mana yg telah anda pilih.Carilah jalan yg paling sesuai untuk anda utk menempa kejayaan.yg penting anda kene selalu ingat yg kita adalah HAMBA dan pelajar.Tanggungjawab sebagai hamba akan membawa anda lebih maju dan cuba memperbaiki diri.Teruskan usaha di samping berdoa kepada Allah agar memberikan yg terbaik buat diri kita.
Demikian sedikit ringkasan dari FORUM JANGAN PANDANG BELAKANG-Sabtu,26 May 2007.