Thursday, May 10, 2007

~CALON PILIHAN ABAH~


Part 9

24 Mei 2004! Keputusan peperiksaan ku telah keluar. Belum sempat aku pergi ke hospital untuk melihat keputusanku, Hisham sudah menelefonku dengan suara yang tersangat ceria. “Ana!!! Tahniah!!! Kau dah lulus!!! Dr Nurul Hanaa Aisyah!!!” jerit Hisham di gagang telefon. Aku hampir mengalirkan air mata mendengarnya. Terlalu seronok! “Alhamdulillah!! Encik di sana macam mana? Sudah boleh aku panggil Dr Hisham??” “Iya, ini Dr Hisham bercakap..Ahahah” Gembira sungguh suara Hisham dengan hilai tawanya itu. Beria-ria dia mahu aku masakkan sesuatu untuknya. Aku segera mengambil air sembahyang dan bersujud syukur. Akhirnya, aku bergelar doktor…Doktor Nurul Hanaa Aisyah binti Anuar. ..Anuar…Abah…Abah, Ana dah jadi apa yang abah idam-idamkan selama ini. Semua kehendak abah Ana turuti…Semuanya!! Termasuk masa depan Ana sendiri!

Hari itu aku memasak nasi minyak dengan lauk ayam masak merah yang istimewa untuk Hisham dan orang-orang rumahnya seramai 3 orang itu. Aku buatkan kek pisang dan kek cokelat untuknya. Aku kasihankan Hisham kerana sudah beribu-ribu kali dia menyuarakan keinginannya untuk merasa masakanku. Adakah aku sekadar kasihankan Hisham? Atau aku mahu memancing kasih sayangnya? Aku sendiri tidak pasti. Aku bungkuskan dalam bekas kemas-kemas dan aku hantar ke rumahnya. Hisham separuh menjerit melihat kedatanganku dengan makanan yang menyelerakan itu. “Ana! Aku sayang kat kau!!! Bestnye! Tak sabar aku nak makan!!” “Ish kau ni..Tak malu! Aku kesian je kat kau..Sebab tu aku masak”, kataku dan berlalu pergi. Hisham ni buang tabiat agaknya. Hatiku berdebar-debar mendengar kata-kata Hisham tadi.

Aku berjalan pulang dengan senyuman panjang. Hisham..Dia seorang yang baik, peramah, periang, mengambil berat tentang aku…dan menyenangkan hati aku dengan lawak jenakanya itu. Dia anak orang berada, kacukan darah Cina dan Melayu. Ibunya berketurunan Cina yang dipelihara oleh orang Melayu sejak kecil. Kulit Hisham cerah dan wajahnya ada iras-iras ibunya, tetapi matanya tidak sepet. Cermin matanya menyerlahkan kewibawaannya dan menampakkan ketegasannya. Badannya sederhana besar dan tingginya cuma lebih kurang 5 ke 6 sentimeter sahaja lebih daripadaku. Tapi aku sentiasa mengejeknya kurus dan tak bermaya. Kasihan dia..Aku tersenyum sendiri.

Setibanya di rumah, Izzah, Zizi, Intan dan Semah sedang rancak bersembang di ruang tamu dengan mulut masing-masing penuh dengan nasi minyak yang aku masak tadi. “Kak!! Sedapnya kak!! Dah lama tak makan best best macam ni” kata Zizi. Yang lain-lain menyambung panjang lebar tentang nasi minyak dan kek itu. “Ai kak…akak ke mana tadi…Semah nampak akak macam on the way pegi rumah Hisham tadi…Ha…ada apa-apa ke kak..” Semah bertanya dengan nada penuh makna. Aku sekadar tersenyum. “Ntah-ntah, summer ni kita kena pegi Kedah makan nasik minyak sekali lagi…”, Sambung Intan sambil tertawa. Aku turut sama ketawa dan mula mencedok nasi untuk makan bersama mereka. Semuanya sudah tamat menghadapi peperiksaan. Riuh-rendah rumah kami malam itu dengan gelak ketawa kami menonton VCD Senario The Movie yang dipinjam Izzah dari Hanif petang tadi.


bsambung...

No comments: