Monday, June 11, 2007

~CALON PILIHAN ABAH~


Part 16

Azmi pulang lebih kurang pukul 1.35 petang untuk solat zuhur di masjid. Hari itu, aku terasa lebih bersemangat meneruskan kehidupanku. Entah kenapa. Aku sudah mula ke dapur menolong emak masak. Tidak lagi berkurung menangis di bilik. Aku sudah mula bersembang-sembang dengan emak dan sudah boleh tertawa. Kenangan dengan abah masih bermain di mataku, namun mendengar kata-kata Azmi, aku terasa seolah-olah abah masih ada, masih terlalu menyayangi aku seperti dulu….walau apa yang telah terjadi antara kami..
Beberapa hari selepas itu Azmi menelefon rumah ku, meminta izin emak untuk bercakap denganku. Berdebar rasanya hatiku ini. “ Ana..” “…” “Ana sihat..?” “Emm..alhamdulillah..” “Ana…Mi teringat lah pada tunang Mi..” Tersentak aku mendengar luahan hati Azmi itu. Aku memandang ke kiri kanan, risau kalau-kalau emak mendengarnya. “Ana..dengar tak Mi cakap..” Aku diam saja. “Tadi mak kata ana dah ceria semula. Mi teringin nak tengok Ana gembira semula..” “Emm..” itu sahaja yang mampu keluar dari mulutku. Melampau-lampau pula aku rasa Azmi ini berbahasa denganku.
Cara pembawaan dirinya menunjukkan dia seorang yang pemalu, tapi lain pula dia berbahasa denganku. “Ana, mak kata ana nak pergi perbaharu lesen kereta..Nak Mi hantarkan esok? Esok Mi tak buzy..Klinik Mi kawan Mi tolong jagakan..” Ada klinik sendiri rupanya Azmi ini.. “Emm..takpe lah..terima kasih,..Ana pegi naik teksi aje..tak pa..Lagipun, tak eloklah pergi berdua kan..” kataku. Azmi tertawa kecil mendengar kataku. “Mi tau..Nanti Mi bawak anak saudara Mi yang umur 5 tahun..OK..jumpa esok ye..Pukul 2 Mi datang ambik Ana ye..” Katanya lalu memberi salam dan meletakkan telefon. Aku termenung sendiri. Azmi..Azmi.. Perasaan hati ku ini masih belum ada untuknya. Aku terpaksa menerima tawaran Azmi itu, meskipun hati ini berat untuk terlalu rapat dengannya.


Malam itu aku keluarkan cincin pertunanganku dan cincin pemberian Hisham. Ah Hisham! Sudah lama dirinya kuletakkan ke tepi. Kehilangan abah menyebabkan aku terlalu sedih untuk memikirkan apa-apa tentang diriku.

“Ana!! Telefon!” jerit emak dari bawah. Aku segera berlari menuruni tangga mencapai telefon. Entah siapa yang menelefon. “…Ana!!!” Kedengaran suara yang aku kenali menjerit namaku. “…Hisham…kau rupanya..terkejut aku!” “Ana..aku kene cepat nii…Nak pegi ambik mama dan papa aku di airport. Diorang baru sampai dari Malaysia. Ana, kau dapat posting di CUH untuk 6 bulan pertama. 6 bulan kedua pulak kau di Mercy Hospital. Kita sama hospital lah!! Tak sabar aku nak tunggu kau balik untuk grad ..” “Sama ke kita..Boleh la aku tumpang kereta kau pegi keje” selorohku “Tak boleh lah..unless kalau kau dah pakai cincin haritu…” Aku terdiam mendengar kata-kata Hisham. “Okla Ana…Aku kene pergi ni..” “OK..Thanks Hisham..” “Ana…Aku rindukan kau..” Terus saja dia meletakkan telefon selepas itu.
Aku menepuk dahiku perlahan. Apalah nasib ku ini..Aku merindui Hisham..Tapi Azmi pula bagaimana? Di bilik, aku duduk seorang memeluk lututku di atas katil. Aku memandang kedua-dua kotak cincin pemberian Hisham dan Azmi. Hisham adalah calon pilihan hatiku. Azmi adalah calon pilihan arwah abah. Kerana Azmi jugalah aku bergaduh dengan abah. Abah..maafkan ana kerana terlalu marah pada abah..Tapi kenapa abah lakukan ini pada ana…Ana tak faham abah…Aku kesat air mata yang mengalir.
Terfikir pula aku tentang tawaran bekerja di Cork itu. Aku tak mampu meninggalkan emak sendirian. Mahukah emak mengikut aku ke Ireland? Aku dapat rasakan tidak mungkin untuk emak tinggal di sana, walau untuk sebulan sahaja. Emak pasti tak senang duduk. Tak mungkin emak mampu meninggalkan rumah yang penuh dengan kenangannya bersama abah itu tanpa penjagaannya sendiri. Walaupun emak nampak tenang, tapi setiap kali selepas solat, aku nampak air mata emak mengalir.
Aku tidak boleh mementingkan diri sendiri. Biarlah aku pulang sahaja ke Malaysia selepas graduasiku. Aku turun ke bawah selepas solat isyak. Malam itu, serba-serbi emak bercerita tentang Azmi padaku. Aku Cuma diam mendengar cerita emak, tapi segala apa yang emak sampaikan aku rakam baik-baik dalam fikiranku. Azmi itu, doctor lulusan Universiti Al-Azhar di Mesir. Dapat pula jadi hafiz Al-Quran sepanjang dia di sana.
bersambung

No comments: