Marah tak kalau orang kata kamu tak sedar diri?Tak marah?Jangan tipulah….erm..kalau kamu tak marah,sukahati kamu lah.Tapi kalau aku..memang aku marah.Kenapa aku mesti tak sedar diri.Apa dia fakta-fakta yang tepat lagi konkret yang ada utk mengatakan aku ni TAK SEDAR DIRI?wahwah…kemain ye…suka-suka je…Mulut tu dah ade insuran?
Sekejap…sila jangan salah faham.Entry kali nih bukanlah ditulis oleh aku yg mengalami masalah kritikan dari org luar…ataupun aku yg mempunyai masalah interpersonality ….Tapi aku masih berkeadaan waras dan alhamdulillah di kala aku menaip entry nih aku tenang bertemankan alunan mp3 hadith dan sebotol air masak yg kurang manis.Aku waras ketika ini!
Cume…tiba-tiba aku terfikir yang kadang-kadang kita tak sedar diri umpama seorang pesakit dalam keadaan STUPOR.Kita merepek dalam sedar…merapu dengan dunia dan hiburan tapi tak sedar yang apa di kalangn kita sekarang ini hanyalah ILUSI.
ILUSI
Kamu tahu apa itu ilusi?Dah exam Psychiatric?Belum lg?..ooo..kamu masih di tahun 2..3..ye..tak pe..tak pe.Sebab walaupun tak blaja lg Psychiatric,kamu still boleh faham ape die ILUSI.Tapi kalau kamu dah tahun 4-5,then tak faham lagi ape dia maksud ILUSI,cube koreksi diri balik.Mungkin kamu ni tergolong dalam manusia yg suke berilusi.
ILUSION=misinterpretation of real external sensory stimuli @ silap menganalisis
data-data dari persekitaran yang membawa kesilapan kita melihat dan
memahami.
eg. melihat kucing yg sedang tidur
Illusion- kucing itu kamu lihat sedang memakai walkman lalu menari-nari mengikut muzik yang menyebabkan kamu meluat melihatnya.
Jangan kamu fakir ilusi cume berlaku pada mereka yang tertekan jiwanya saja atau mereka yang tersilap makan ‘ubat’.Tapi kamu dan aku sedar tak..kita yang mengalami masalah TAK SEDAR DIRI ni…juga sedang berilusi.
Apa yang kita ilusi kan??
Cuba kamu dan aku tengok kembali dalam diri dan apa matlamat hidup kamu.Ah….aku malas cakap pekara yang besar-besar dalam hidup ni.Aku just nak fokus dengan peranan kita sebagai pelajar.Cuba baca dan jawab soalan di bawah.Kamu boleh menilai sejauh mana tahap masalah ILUSI kamu.
1)kenapa kamu menjadi pelajar di CSMU ni?
2)kenapa nak jd doctor?
3)kenapa kamu perlu study masa nak exam?
4)Kenapa nak result yang best dan membanggakan?
Cukup 4 soalan.Tak guna aku Tanya banyak sebab kamu bukannya nak try jawab pun.Tapi aku juga dah ade contoh jawapan.
JAWAPAN
1.1 sebab saya mmg nak jd doctor
1.2 sebab mak ayah saya yg suruh datang sini
1.3 sebab saya dapat scholar ke sini.Tak de scholar…tak de la kot saye sampai sini
2.1sebab nak tolong keluarga,mak..ayah
2.2sebab nak bantu org yg susah dan miskin
2.3sebab nak meningkatkan tahap kesihatan Negara
2.4sebab jd doctor memungkinkan aku bergai besar dan dipandang tinggi
3.sebab kalau tak setadi tak boleh nak skor
4.1sebab tak nak orang anggap kita nih hampeh dan tak pandai
4.2sebab nak impress cikgu kegemaran
4.3sebab nak gembirakan mak ayah.kesian depa susah payah hantar belaja
Jauh-jauh
Ohho…ni just contoh tipikal jawapan yang kita dengar.Kalau ditakdirkan setiap student di sini kene mengarang karangan yang bertajuk CITA-CITA SAYA…aku yakin kamu dan aku akan masukkan isi-isi diatas.Tapi sedar tak kamu yang dengan jawapan di atas menunjukkan kamu…dan aku sekali sedang berilusi.
Sebelum itu,kenapa aku kata jawapan di atas adalah ILUSI.
Sahabat-sahabatku..yang jauh dan dekat…yang muslimin dan muslimat,
Mari lihat diri dan lihat kehendak diri.Maka kamu dan aku akan faham yang kebanyakkan kehendak diri kita adalah berupa DUNIA.
DUNIA ilusi??ya…dunia ilusi dan yang real,hakikat dan nyata adalah akhirat.
Ilusinya dunia…kamu pernah dengar Tun Hussein Onn?Kamu mesti lagi pernah dengar P.Ramlee..tp mana diorg sekarang?sekarang masing-masing berada di alam barzakh yang mana jalan pertama ke akhirat.Masa kecik-kecik dulu ade main dengan atuk??dengan nenek?sekarang mana atuk?mane nenek??mereka juga sedang menuju akhirat sana..dan bagaimana dengan kita sekarang?ibu ayah yg kita sayangi?kegemilangn yg kita tgh nak cari?keseronokkan tgk muvi…sume akan hilang sbb HAKIKAT nye..kita akn menuju ke akhirat sana dan akhirat sana yg berkekalan.
Jadi…lihat diri.Setiap kehendak kita bermatlamatkan dunia sebab kita jarang terfikir dunia nih terlalu sementara.Blaja pun kerana mak ayah suruh,study pun sebab nak lepas exam dengan best…Result yg baik pun nak jugak supaya nak org anggap kita nih excellent dan baguih.
Allo….kawan.TERUKnya..aku dan kamu.Tak nak ngaku??sebab ape??sebab kamu kater kamu blaja kerana Allah.Untuk mendapat redha Allah??tp bila kamu dapat 3 kamu setat rase down.Tapi bile kamu study tak masuk-masuk,kamu start hilang sabar.Bila org puji sikit result kamu kamu start rasa berbunga.Itu yang kamu kata Lillahi Taala?
Astaghfirullah….kita tertipu dengan diri.memang kita tak sedar diri…
Ingatlah duhai AKU…KAMU dan MEREKA..
Sedar lah wahai diri kita…Allah sampai naik hairan dengan diri-diri hamba nya yg tak sedar diri ini….
“dan tidakkah manusia memperhatikan,Kami menciptanya dr setitis mani yang hina kemudian dia menjadi PENENTANG yang nyata” Yasin-7
PENENTANG
Kita memang penentang.Menentang dalam manja.Kita manja dengan Allah.Minta itu…minta ini.Nak hidup yang baik.dipelihara dari kesusahan.Nak Allah satukan kita dengan org yang kita sayangi…nak Allah mudahkan urusan…murahkan rezeki.tapi kita tentang apa Allah nak.
ALLAH SURUH KAMU MENUTUP AURAT
kamu tutup ke??wahai yang lelaki…kamu ade seluar panjang kenapa pakai yg pendek??wahai perempuan…kamu ade tudung dan baju yang longgar kenapa perlu disarung sarung nangka yang menyesakkan dada utk bernafas.pelik….sungguh pelik!!
Ingatlah..AURAT..hukum WAJIB yang qat’ie utk ditutup.Kenapa liat sangat sedangkan Allah dah bg ape yang kamu nak dan ape yang kamu tak de lah nak sgt…Allah bg gak.
Tak sedar diri sungguh!
ALLAH SURUH KAMU SOLAT
bukan payah weih…hanya berbekalkan wudu’ maka solatlah kamu..paling lama…5-8 minit utuk solat 4 rakaat.Napa perlu rase susah?kamu nak pertikaikan rs khusyuk?kalu tak khusyuk baik tak yah solat?sape aja?syarat sah solat..tak termasuk khusyuk.Cukup dengan kamu
-ade wudu’
-yakin masuk waktu
-tahu cara solat
-tahu qiblat
Ape susah?ni kamu abaikan solat.Kamu sanggup abihkan game dan muvi kamu yg menyebabkan solat kamu lewat sejam.Kalau dalam sejam tu Allah amik nyawa kamu…Ya Allah..mg Allah bg kekuatan pada aku dan kamu.Udah-udah le tu.Kamu memandang ringan perkara yang berat.Memang tak sedar diri!
HARGAI KASIH
Allah..CLOSER THEN VEINS.Allah juga mengasihi hambanya lebih dari seorg ibu.Kamu faham kasih seorg ibu bagaimana?kamu takkan faham selagi kamu belum jd ibu.Tp aku tahu kamu buleh bayangkan akan besarnya kasih Allah pada kita.
Tapi kita wat dono je.Kalau berhajat kamu mintak..bila dapat,kamu lupakan dia.Allah sediakan orang utk kamu mengadu kasih…ibu ayah…keluarga..tp kamu salah dan gatal.Kamu cari yang haram…kamu cari pasangn…tempat kamu meluah hati..berbicara suka duka sedangkan kamu tahu HARAM berlebih-lebihan.Mana kamu letak kasih Allah.mana kamu letak kasih keluarga yang Allah cipta utk kamu.Kamu kata si 'dia' pun Allah cipta utk kamu??sape cakap??ia hanya kan terjadi bila kamu dengan dia SAH!!tapi bile disebut hal nikah kahwin…kamu tak sedia.kamu kater kamu tak sesuai lg kawin tp sesuai bercinta.amboi…ntah pemikiran apa yang dah menjajah minda.Sejak aku kecik..aku paham tak buleh berkasih-kasihan yang berlebihan hingga menjadi buah mulut org.kenapa org sekarang tak paham pulak?ish…aku pulak jd tak faham.Allah...pelihara KAMI.....
Sahabat…
“dan barangsiapa yang berbuat kebaikan walaupun sebesar zarah nescaya dia kan melinat ganjarannya”
“maka barangsiapa yang berbuat kejahatan walaupun sebesar zarah nescaya dia akan melihat balasannya” azZalzalah:7-8
Kesalahan yang kita anggap kecil ini tetap kan Allah hitungkan.Allah dan warning..kenapa kita degil selepas dia apa yang kita perlukan.Tengokla diri kawan.Aku sudah penat melihat diri kita yang asek leka dan tak mahu beubah.
Please…Bantu diri dan Bantu islam
Jika kamu muslimat…
Tutuplah aurat
Jagalah solatjika kamu becinta…maka jagalah hak yang kamu perlu jaga
Cuba letakkan diri dalam majlis Allah
Jika kamu muslimin..
Jagalah solat dan ramaikan jemaah di surau
Letaklah diri dalam majlis Allah kerana kamu bakal pemimpin keluarga
Jika kamu becinta…pastikan cinta kamu menjadikan kamu dan dia lebih baik.Kalau tidak…kamu mendapat lg satu kesalahan..SIA-SIA.
Semoga sempena maal hijrah ini kita berusaha menjadi diri yang lebih baik.Aku mintak maaf andai terkasar bahasa.tapi hakikatnya…aku menasihati diri aku dan kamu.Apa ada pada bahasa andai telinga mmg tak nak terima dan jiwa tak mahu amal.Mg Allah beri hidayah bg hati-hati ini.Terimalah...puisi indah dari adik Aqil.....
3 comments:
salam..tahu jahil dan dunia itu sekadar ilusi,tapi enggan mempercayainya dgn hati.kesoronokan dunia yang dicari,sdgkan tahu dunia hny sekadar persinggahan utk mencari dan mengumpulkan bekal utk hari kemudian.mengapa oh mengapa?keseronokan bukan suatu yang abadi,tapi ujian drNya,bila berjaya dihadapi,itulah keseronokan yg abadi..yaAllah kuatkan hati kami!jgn Kau campakkan dunia dalam hati kami..ameen ya rabbal alameen..jazakillahukher ya ukht;)
maaf izinkan saya berbeda pendapat.
Saya kurang bersetuju dgn penulis yang menyamakan cita-cita dan ilusi. Cita-cita adalah matlamat dan visi sedangkan ilusi cuma angan-angan.
Stephen Covey ada menyebut dalam & Habits, salah satu habit ialah Begin with the End In Mind. 'The End' itu tidak dapat diujudkan melainkan dgn cita-cita.
Rasulullah SAW mengajarkan kita supata sentiasa visualize matlamat dan visi supaya lebih mudah utk dicapai. Sebelum hari-hari penghijrahan, Rasulullah pernah bersabda "Sesungguhnya aku telah bermimpi melihat negeri hijrah itu, letaknya dalam kebun tamar di antara dua kawasan berbatu hitam".
Sebelum berhijrah lg, Rasulullah sudah dapat melihat potensi Madinah utk dijadikan Negara Islam. Maka segala usaha kemudiannya tertumpu untuk mencapai matlamat hijrah tersebut.
Itulah kuasa visualization. Bukan ilusi.
assalamualaikum.
terima kasih saudara saifuddin.ape yg saudara saifuddin kata ada benarnya tapi saya fikir saudara kena baca entry tersebut dgn lebih teliti.
penulis tidak menyamakan CITA-CITA dgn ILUSI sedangkan dari penulisan ini penulis cuba menyatakan...dalam mencapai CITA-CITA kita selalu tertipu dengan ILUSI.
“Apa yang kita ilusi kan??
Cuba kamu dan aku tengok kembali dalam diri dan apa matlamat hidup kamu.Ah….aku malas cakap pekara yang besar-besar dalam hidup ni.Aku just nak fokus dengan peranan kita sebagai pelajar.Cuba baca dan jawab soalan di bawah.Kamu boleh menilai sejauh mana tahap masalah ILUSI kamu.
1)kenapa kamu menjadi pelajar di CSMU ni?
2)kenapa nak jd doctor?
3)kenapa kamu perlu study masa nak exam?
4)Kenapa nak result yang best dan membanggakan?
Cukup 4 soalan.Tak guna aku Tanya banyak sebab kamu bukannya nak try jawab pun.Tapi aku juga dah ade contoh jawapan.
JAWAPAN
1.1 sebab saya mmg nak jd doctor
1.2 sebab mak ayah saya yg suruh datang sini
1.3 sebab saya dapat scholar ke sini.Tak de scholar…tak de la kot saye sampai sini
2.1sebab nak tolong keluarga,mak..ayah
2.2sebab nak bantu org yg susah dan miskin
2.3sebab nak meningkatkan tahap kesihatan Negara
2.4sebab jd doctor memungkinkan aku bergai besar dan dipandang tinggi
3.sebab kalau tak setadi tak boleh nak skor
4.1sebab tak nak orang anggap kita nih hampeh dan tak pandai
4.2sebab nak impress cikgu kegemaran
4.3sebab nak gembirakan mak ayah.kesian depa susah payah hantar belaja jauh-jauh.
Ohho…ni just contoh tipikal jawapan yang kita dengar.Kalau ditakdirkan setiap student di sini kene mengarang karangan yang bertajuk CITA-CITA SAYA…aku yakin kamu dan aku akan masukkan isi-isi diatas.(penulis cuba menyenaraikan semua cita-cita seorang pelajar)
Tapi sedar tak kamu yang dengan jawapan di atas menunjukkan kamu…dan aku sekali sedang berilusi.(penulis berpendapat sedemikian kerana cita-cita yang bermatlamatkan kejayaan akhirnya tak berjaya menjadikan seorg pelajar MUKMIN yg sebenar kerana dalam menuju ke arah matlamat itu dia tertipu dgn DUNIA yang hanya bersifat ILUSI.)
Sahabat-sahabatku..yang jauh dan dekat…yang muslimin dan muslimat,
Mari lihat diri dan lihat kehendak diri.Maka kamu dan aku akan faham yang kebanyakkan kehendak diri kita adalah berupa DUNIA.(dan lagi sekali penulis menerangkan….kerana kelekaan kita…terpengaruh dgn ilusi dunia menyebabkan ramai yg tidak sampai ke matlamat utama…AKHIRAT)
kesimpulan....penulis menyokong benar apa yang saudara saifuddin tuliskan...."Rasulullah SAW mengajarkan kita supata sentiasa visualize matlamat dan visi supaya lebih mudah utk dicapai. Sebelum hari-hari penghijrahan, Rasulullah pernah bersabda "Sesungguhnya aku telah bermimpi melihat negeri hijrah itu, letaknya dalam kebun tamar di antara dua kawasan berbatu hitam".
Sebelum berhijrah lg, Rasulullah sudah dapat melihat potensi Madinah utk dijadikan Negara Islam. Maka segala usaha kemudiannya tertumpu untuk mencapai matlamat hijrah tersebut"
memang benar itu kuasa visualization dan ianya kuasa visualization dari rasulullah..sedang kita yang asyik tertipu dengan dunia....cube melihat dunia dgn kuasa visualization tp tertipu kerana iamn dan hati tak ditarbiyyah utk melihat dunia dengan kuasa visualization menyebabkan kita terpedaya dengan ILUSION.
wallahua'lam
segalanya kerana kelemahan ilmu,iman dan kalam penulis.harap maklum.
Post a Comment