Monday, October 15, 2007

~CALON PILIHAN ABAH~

Zahir Mosque,Alor Setar.

Final part

Luqman Hakim bin Mohd Azmi telah selamat kulahirkan 2 hari lepas, genap setahun selepas perkahwinanku dengan calon pilihan abah itu. Alhamdulillah! Suamiku orang paling gembira menyambut kedatangan ahli baru itu. Tapi hari ini, aku benar-benar rindukan abah. Kalau abah masih ada, pasti dia akan gembira sekali melihat anak kesayangannya ini sudah punya anak sendiri! Aku melihat Luqman yang sedang nyenyak tidur. Azmi telah keluar bersolat maghrib di masjid tadi. Kak Salmi masih di dapur. Kak Salmi itu pembantu rumahku. Selalunya, dia Cuma datang pada waktu pagi dan pulang pada waktu petang. Tapi aku baru sahaja lepas bersalin , jadi dia bermalam beberapa hari di rumahku. Aku mencium Luqman yang masih merah itu. Aku benar-benar rindukan abah. Wajah Luqman ini seakan-akan menyerupai abah. Aku teringatkan album gambar yang dipenuhi gambar-gambar aku bersama abah sejak kecil hinggalah besar. Entah di mana aku meletakkannya setelah aku bergaduh dengan abah dulu. Entah kenapa aku begitu bodoh melawan cakap abah dahulu sehingga tak sempat aku memohon maaf sebelum dia pulang pangkuan Ilahi. Air mata aku mengalir. Aku terlalu rindukan abah.


"Ana!kenapa ni.." soal emak yang baru masuk ke bilik dengan telekungnya itu."mak, mak ada nampak tak album warna biru yang ada gambar-gambar lama ana dengan abah dulu?""Mak tak ingat lah ana..Nanti mak cari dalam almari lama dalam bilik mak tu. Mak rasa ada arwah abah belek-belek album tu sebelum dia meninggal.""tak pa lah mak, ana cari sendiri ye mak.." Aku bangun perlahan-lahan dan menuju ke bilik emak membuka almari usang itu. Penat juga aku meraba-raba mencari. Akhirnya aku ternampak album itu, lantas mencapainya dan kembali ke bilik. Aku berbaring di sebelah Luqman sambil membelek helai demi helai. Air mataku tidak putus-putus mengalir melihat abah mendukungku ketika kecil, membawa aku naik motor petang-petang.
Aku tergelak kecil melihat gambarku dengan uniform skirt ketika darjah satu, menerima hadiah nombor satu dalam darjah dari abah sendiri kerana ketika itu abah PIBG sekolahku. Abah bergambar segak di sisiku memegang piala anugerah kanak-kanak terbaik peringkat negeri Kedah. Abah memeluk aku yang kesedihan ketika menghantar aku ke sekolah asrama. Wajah bangga abah ketika aku dinobatkan johan pertandingan pidato peringkat negeri. Wajah sedih abah menghantar aku di airport ketika tahun pertama. Abah ada di sisiku dalam setiap detik sejarahku. Di masa sedih dan gembiraku.
Abahku.....
Abah!Maafkan kesalahan ana..Ana sayangkan abah..Di muka akhir helaian itu aku ternampak satu sampul surat cokelat yang masih kemas terselit di poket belakang album itu. Sampul apa pula ini? Lantas aku mengeluarkannya. ‘Buat anak manja abah, Ana’Apa terpaku sebentar. Rasanya belum pernah kubaca surat ini. Perlahan-lahan aku membukanya. Aku lihat tulisan jawi abah bertarikh 17 Mac 2004. 2 hari sebelum abah pergi. Air mata aku mengalir deras. Aku bangun mengalas bantal dan menyandar di kepala katil lalu membaca surat abah.




" Assalamualaikum anak manja abah,Semasa ana baca surat abah ni, abah sendiri tak tahu abah masih ada lagi di dunia ini. Abah berasa sedikit kurang sihat akhir-akhir ini. Abah tinggalkan surat ini untuk menyatakan sesuatu pada ana supaya ana tak salah faham pada abah. Abah tinggalkan surat ini dalam album ini sebab abah tahu, kalau ana buka album ini, maknanya ana sedang teringat pada abah. Abah pun sedang teringatkan ana sekarang.Sejak kecil, abah menatang ana dan abah sayang sungguh-sungguh pada ana. Ana anak manja abah kan!Abang Long ana dan Kak Ngah ana tu abah tengok terlalu sibuk dengan kerja masing-masing. Abah risau sungguh andai kata abah pergi dalam saat-saat terdekat ini, tiada siapa yang akan menjaga Ana dan mak. Abah tahu anak abah boleh berdikari, tapi abah tak mampu melihat anak abah susah. Abah pilihkan Azmi untuk ana kerana abah kenal Azmi sejak dia kecil, sehinggalah dia besar. Abah percayakan Azmi. Padanya abah amanahkan untuk menjaga ana, sebagai mengganti abah nanti.Ana, bukan niat abah mahu melihat ana bersedih. Abah Cuma mahu yang terbaik untuk anak abah seorang ini. Abah minta maaf kalau abah membuat ana sedih. Abah sayangkan ana. Abah sudah maafkan segala salah silap ana, dan menghalalkan segala nya untuk ana.Ana, jaga diri baik-baik. Jadilah anak yang solehah. Tengok-tengokkan mak ana nanti. Jadilah isteri yang solehah. Sesungguhnya isteri yang solehah itu perhiasan dunia yang terbaik. Jadilah ibu yang solehah. Jaga anak-anak ana nanti baik-baik supaya menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, boleh mendoakan ana nanti. Abah sentiasa doakan kesejahteraan ana dunia akhirat"


Salam dari abah.




Abah.Aku menangis semahu-mahunya. Perlahan-lahan aku lipat surat itu. Abah..Ana sayangkan abah..Abah, ampunkan ana abah. Ana rindukan abah.."Sayang, kenapa ni?" Azmi yang baru pulang dari masjid cemas melihat aku begitu. Dia memegang bahu dan tanganku. Disapunya air mata yang tak henti-henti mengalir. Aku memeluk Azmi dan menghulurkan surat itu pada Azmi. Dia lantas membaca surat itu. Aku lihat mata Azmi berkaca-kaca. Dia melipat semula surat itu dan memasukkannya ke dalam sampul."Ana jumpa dalam album ni ke.." soal Azmi. Aku mengangguk-angguk perlahan. Azmi menyelitkan sampul itu di dalam album lalu melatakkannya di meja kecil sebelah katil. "Sabarlah sayang,..jangan menangis..Abang ada ni kan..Insya-Allah abang akan jaga mak, ana dan anak-anak kita dengan sebaik yang mungkin selagi abang termampu.." Aku masih teresak-esak. Dipeluknya aku erat dan disapu-sapu air mataku."Sudah lah tu..Kalau abah ada, mesti dia tak suka ana menangis macam ni..Ana kan anak manja abah.." Kata Azmi memujukku. Aku tersenyum sedikit."Tu!malu kat Luqman. Ummi dia menangis lagi dasyat dari dia" kata Azmi sambil tersenyum melihat Luqman yang masih nyenyak di sebelahku. Aku tergelak mendengar usikan Azmi itu."Abang..abang tau tak..Abang calon pilihan abah paling tepat" kataku sambil memandang wajah suamiku itu. Dia merenung wajahku dalam-dalam. "dan ana calon pilihan Pakcik Nuar yang paling tepat untuk abang..Calon paling kuat merajuk, paling kuat menangis, paling degil, paling mengada-ngada!semua cukup" kata Azmi sambil memicit hidungku."Abang ni!!!" Aku bahagia sekali kini..Alhamdulillah!Terima kasih abah..Ana sayang abah! Ana janji akan jadi isteri dan ummi yang baik. Ana akan jadikan abah contoh untuk anak-anak Ana. Hisham sudah lama pergi dari hidupku. Episod cintaku dengan Hisham sudah berlalu. Aku tahu betapa dia masih sayangkan aku. Dia pergi dari Ireland dan menetap di Amerika semata-mata untuk lupakan aku. Tapi dia tak mampu mempertahankan dirinya di hadapan keluarga sendiri, apatah lagi mempertahankan diriku. Kata Izzah,Hisham sudah pun ditunangkan dengan anak sahabat keluarganya. Aku mendoakan kebahagiaan buat Hisham, sahabatku yang telah banyak membantu dan mengajarku. Sesungguhnya jodoh dan pertemuan di tangan Allah..Jodohku dengan Azmi, suamiku yang tercinta ini..adalah yang terbaik buatku, yang membahagiakan aku dengan kasih dan cinta yang mencurah-curah buatku. Pertemuanku dengan Hisham pula adalah satu persinggahan sebentar sebagai mengajarku erti kehidupan.Kini aku bahagia bersama Azmi dan Luqman. Keluarga kecil yang kami bina sudah cukup menceriakan hidupku. Abah..Terima kasih abah! Terima kasih atas segala-galanya. Kerana menjaga dan mendidikku dari kecil hingga dewasa. Kerana menyatukan aku dengan suamiku. Kerana mengampunkan kesalahan anakmu yang berdosa ini.Ya Allah!Aku bersyukur padaMu..Setiap ujian yang mendatang..pasti ada hikmah dan rahmat yang melimpah menanti! Alhamdulillah

No comments: