Monday, October 29, 2007

MARI BERLABUR!


Ini kisah kehidupan…kisah mengenai WANG.Perlukah aku terangkan apa itu wang?Ahh…aku nak cakap juga yang Wang = Duit.Orang sekarang memang hidup dengan duit.Tiada duit maka tiadalah makanan,tiadalah tempat tinggal,tiadalah pakaian,tiadalah pendidikan,tiadalah pembangunan.pendek kata NO MONEY NO LIFE!!Ada orang kata,dulu kamu perlukan pendidikan untuk mendapatkan duit tapi sekarang kamu takkan mendapat pendidikan kalau kamu tak berduit.Tak percaya?Cuba cari mana-mana tabika yang free...lepas itu kamu bagitahu aku.

Kawan,
Aku saja coretkan kisah ini agar jadi renungan buat semua.Agar jadi peringatan untuk kita sebab kebarangkalian untuk kita dijangkiti penyakit AL-WAHN sangat besar kerana kita umat akhir zaman.

AL-WAHN?Penyakit apakah ini?Berjangkitkah ia??
Kamu tidak akan mendapat jawapan andai kitab yang kamu rujuk adalah DORLAND MEDICAL DICTIONARY.Kamu juga takkan paham akan penyakit ini kalau hanya membaca kitab KUMAR and CLARK sebab penyakit ini hanya terdapat dalam HADITH yang disebutkan oleh Rasulullah.

Kamu perlukan duit untuk belajar,aku juga perlukan duit untuk belajar.Kamu perlukan duit untuk bayar hostel fees,aku juga perlukan duit untuk bayar hostel fees kerana aku bukanlah anak angkat Barbanin hingga dapat skidka(diskaun) dalam pembayaran yuran.Kamu perlukan duit untuk girlfren atau boyfren kamu,aku juga..eh,aku memang tak perlukan duit untuk itu(buek habih boreh yo!!).Tapi hakikatnya kita sama-sama memerlukan DUIT untuk kehidupan dan pengajian kita.

Timbul isu…PELABURAN INTERNET.Aku bukan nak berbincang dengan kamu mengenai pelaburan ini sebab aku memang tak berminat dalam bidang ini dan aku bukan lah seorang ECONOMIST.Aku juga bukan nak bercakap mengenai hukum pelaburan ini sebab aku bukanlah seorangMufti yang meletakkan fatwa dan hukum.Tapi apa yang hendak aku ceritakan hanyalah satu kisah kehidupan…

DIA,PELABURAN INTERNET dan …

Dia seorang student.Medical student di Ukraine.Sudah bertahun dia belajar di Ukraine tanpa mendapat scholar atau pinjaman dari mana-mana pihak.Tapi dia bersyukur dengan apa yang ada pada dirinya.Perbelanjaan yang ada CUKUP-CUKUP dan membuatkan dia cukup menghargai dan mensyukuri apa yang dia ada.

Dia bukanlah dari keluarga yang mewah.Bukan dari keluarga ORANG ADA-ADA.Dia sayangkan keluarganya sebab seluruh keluarga berkorban untuk melihat dia memegang ijazah kedoktoran.Tapi dalam masa yang sama,dia merasa sangat terhutang budi kepada seluruh ahli keluarga yang bersusah-payah kerananya.Dari abah(kerana abah yang berusaha untuk mencukupkan keperluan pembelajaran) hingga adiknya yang bongsu(kerana catuan belanja sekolahnya oleh abah)...merupakan manusia-manusia yang sama-sama bersusah-payah untuk melihat dia berjaya.

“ Abah ada buat bisnes sikit.Insyaallah kalau berjalan lancar,tak payah lah kamu susah payah nak buat pinjaman Mara.”

“Abah buat bisnes apa ni?”dia bertanya.

“Abah ikut Cikgu Deraman.Laburkan sikit duit.Pelaburan internet.Setakat nih alhamdulillah…semuanya berjalan lancar…”

Dia geleng kepala.Dia memang tak bersetuju dengan corak pelaburan ini.Dia bukanlah bijak pandai dalam bidang ini.Tapi oleh kerana dia seorang yang rajin mengSURF internet dan mengambil tahu isu semasa,sedikit sebanyak membantu dia untuk memahami sistem pelaburan ini.Dia sudah baca pendapat dari para mufti dari seluruh dunia…Arab Saudi,Mesir etc.Dia juga tahu 12 APRIL 2007,majis fatwa kebangsaan telah memutuskan pelaburan internet adalah HARAM.

“Abah,perlu sangat ke abah join pelaburan tu?

“Perlu…untuk adik-adik kamu.Untuk kamu…kalau hanya bergantung dengan kerja abah yang makan gaji ni…takut tak termampu…”

Takut tak termampu….
Perkataan itu asyik terngiang-ngiang di teliganya.Ustaz dia pernah berpesan,akan Allah bekalkan rezeki bagi orang yang menuntut ilmu.Dia sendiri hafal ayat seribu dinar..
“ Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya dia kan membukakan jalan keluar baginya.Dan Dia kan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkakan nya.Dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah maka akan Allah cukupkan keperluannya.Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bg segala sesuatu..”(at-Thalaq(2-3).


Tapi bagaimanakah untuk dia meyakinkan abah agar jangan risau.Untuk meyakinkan abah bahawasanya apa yang ada setakat ini cukup untuknya dan sekelian ahli keluarga nya.Dia sedar hakikat dirinya…masih bergantung pada abah sedangkan dia seorang lelaki yang telah bergelar anak muda 23 tahun.Dia tahu kepayahan abah.

“Abah,saya tahu kesusahan abah kerana saya..kerana kami adik-beradik.Tapi saya yakin ada rezeki untuk saya.Abah…andai saya terpaksa menangguhkan pengajian kerana faktor kewangan…saya tak kisah.Bagi saya..saya hanya inginkan wang dari sumber yang jelas….Saya tak jelas bagaimana sistem pelaburan yang ayah join ni...”

Dia cuba menerangkan serba-sedikit apa yang dia fahami mengenai pelaburan ini.Abah mengangguk tanpa banyak soal.Tapi dia tahu yang abah memang berkeras dengan kehendak untuk terus melabur dalam pelaburan ini.Dia cuma mampu berdoa.Dia tidak mahu tersilap langkah.Hati abah perlu dijaga tapi hukum Allah wajib dipatuhi.

Dan…Allah makbulkan doanya.Andai cara ini bukanlah cara yang halal untuk mendapatkan rezeki,maka dia memohon agar Allah sendiri mengeluarkan abah dari bidang ini.Allah memang mengeluarkan abah.Tapi dengan keadaan abah tidak mendapat apa-apa.

Dia menitiskan airmata.Dia sedih bukan kerana abah telah kehilangan modal yang dilaburkan.Dia menangis bukan kerana tak sempat melihat abah gembira dengan hasil pelaburan yang abah anggap menguntungkan.Tapi dia menangis kesyukuran kerana Allah telah menyelamatkan abah.Dia tahu abah sedih kerana apa yang abah usahakan tidak membuahkan hasil.Tapi apa gunanya hasil yang banyak dan melimpah-ruah jika tiada keberkatan.

Ada hikmah di sebalik kisah.Begitulah hidupnya.Abah sudah celik mata.Abah sudah faham yang dalam perniagaan kena berhati-hati.Abah sudah mengerti dalam dunia perniagaan,ada kawan sanggup makan kawan dan itulah yang Cikgu Deraman lakukan.Tapi abah tak marah sebab abah kata Cikgu Deraman pun orang bawah-bawah.
Dia jadi lebih gembira bila dia nampak keyakinan abah pada janji Allah.Abah sudah tidak terlalu risaukan bayaran pengajiannya sebab abah yakin Allah sudah tetapkan rezeki untuknya.Dia sukakan kehidupannya sekarang.Bukannya tak mahu lebih maju dan lebih mewah kerana Islam itu juga mengajar umat nya mencari harta.Tapi dia tahu ramai manusia tewas kerana harta,ramai manusia lupa diri bila hidup senang tiada kesusahan…

Itu kisah dia.Dia terus jalani hidup sebagai seorang student.Tapi macam mana pula dengan aku dan kamu?

Kawan,Aku ulangi lagi sekali…
Kamu perlukan duit untuk belajar,aku juga perlukan duit untuk belajar.Kamu perlukan duit untuk bayar hostel fees,aku juga perlukan duit untuk bayar hostel fees kerana aku bukanlah anak angkat Barbanin hingga dapat skidka(diskaun) dalam pembayaran yuran.Kamu perlukan duit untuk girlfren atau boyfren kamu,aku juga..eh,aku memang tak perlukan duit untuk itu.(buek habih boreh yo!!)Tapi hakikatnya kita sama-sama memerlukan DUIT untuk kehidupan dan pengajian kita.

Tapi kita tak sedar..
Aku perlukan iman dan islam untuk mendapat keredhaanNya,kamu juga perlukan iman dan islam untukNya.Aku perlukan iman dan islam untuk rasa tenang,kamu juga perlukan.Aku perlukan iman dan islam untuk sentiasa merasa cukup dan syukur dengan apa yang ada,kamu juga perlukan iman dan islam untuk merasa cukup dan bersyukur…Eh,betul ke?Anggap saja betul..

Kalau betul… pernah dengar pelaburan IMAN?Aku saja namakan ini pelaburan kerana manusia kan sukakan keuntungan.Untuk aku dan kamu yang bergelar mukmin,telah Allah sediakan pelaburan IMAN yang mana darinya boleh kita dapatkan keuntungan.

“SESUNGGUHNYA Allah menghitung kebaikan-kebaikan dan kejahatan-kejahatan, kemudian dijelaskan lagi, barang siapa yang berniat (untuk melakukan) kebaikan dan masih tidak melaksanakannya, (maka) Allah menulis baginya kebaikan yang sempurna.Dan barang siapa yang berniat (untuk melakukan) kebaikan dan kemudian melaksanakannya, maka Allah menuliskan baginya sepuluh kebaikan hingga 700 kebaikan, dan berkali-kali ganda banyaknya. Dan barang siapa yang berniat (untuk melakukan) kejahatan tetapi tidak melaksanakannya, Allah akan menulis baginya kebaikan yang sempurna. Dan barang siapa yang berniat (untuk melakukan) kejahatan dan melaksanakannya, (maka) Allah menulis baginya satu kejahatan (sahaja).” - hadis riwayat Bukhari, Muslim, Musnad Ahmad.

Hah…percaya atau tidak inilah dia pelaburan IMAN.Dengan hanya berlaburkan IMAN,maka aku dan kamu akan mendapat pahala yang berganda-ganda.Satu amalan yang dilakukan dengan iman akan diganjarkan sepuluh kebaikan hingga beratus-ratus ganda banyaknya.

“Perumpamaan orang yang menginfakkan harta di jalanNya seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai,pada setiap tangkai ada seratus biji.Allah melipatgandakan bagi sesiapa yang Dia kehendaki,dan Allah Maha luas lagi Maha mengetahui”(al-Baqarah:261)

Aku tahu kamu bijak sifir.Oleh itu aku tak mahu menghabiskan masa dengan mengirakan untuk kamu jumlah ganjaran yang bakal Allah berikan pada kita andai kita menginfakkan harta di jalanNya seperti yang Allah janjikan dalam firmanNya di atas.

Tapi aku pelik,kenapa kamu nampak macam tak berminat?Aku pun sama…Pendek kata kenapa kita tidak terUJA dengan plan pelaburan yang Allah janji kan ini?Senang saja…sebab kita mengejar apa yang boleh dilihat oleh mata.Apa yang boleh dipertontonkan pada manusia yang lain.Apa yang boleh di banggakan di dunia..sedangkan keuntungan pelaburan Iman telah Allah janjikan untuk AKHIRAT SANA.Ini lah dia al-wahn.Cintakan dunia takutkan mati.Hanya dengan janji keuntungan yang berlipat ganda,kita sudi melabur dalam pelaburan yang masih tidak jelas kehalalannya.Tidak fikir hukum Allah asal kita mewah di dunia.

Kawan,
Pelaburan Allah tepat.Segalanya direct dari hamba kepada Tuhannya.Tiada upperline…tiada downline seperti Multilevel Marketing.Kalau kamu direct berusaha hampiri Allah,Allah seribu kali direct hampiri kamu.Berminat??

Aku nasihatkan diriku sendiri.Kalau kamu juga ingin mengambil pengajaran,maka renung-renungkan lah.Allah segala-galanya bagi kita.Andai kita sedar akan hakikat itu maka kita akan berusaha untuk berlabur bagi bekalan untuk akhirat sana.Allah Maha mulia… tanpa memerlukan sembahan kita,Dia tetap akan sentiasa MULIA.Allah Maha Pemberi hingga kan Dia selalu memberi walaupun tanpa kita minta,walaupun kadang-kadang tanpa kita syukuri.Maka satu saja…patuhilah hukumnya walaupun nampak berat bagi kita.

Ahh…aku tak tahu kamu akan faham atau tidak apa yang aku bicarakan.Aku nak highlightkan yang aku memang cakap mengenai PELABURAN INTERNET.Tapi baik kamu rujuk web ni,
http://www.zaharuddin.net/ supaya kamu lebih faham apa yang aku maksudkan.Dan kamu bacalah web ini, http://www.wangcyber.com/pelaburan-internet-perniagaan-internet.htm supaya akan bertambah ilmu kamu. "Moga aku dan kamu dipelihara dari penyakit al-wahn…ya Allah peliharalah kami.Ameen"

No comments: