Thursday, December 27, 2007

Setinggi-tinggi syukur padaNya

Bismillahirrahmanirrahim..

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan..."(ArRahman)



Cerita dari seorang tua...

"Aku dulu tak pernah solat dan hanya solat di hari raya kerana itupun aku dipaksa.Aku dulu tak pernah taat pada ibu cuma taat bila inginkan wang bagi memenuhi keperluanku.Aku dulu tak pernah ingatkan Dia hanya bila aku berduka.Tapi sekarang aku bertaubat...Aku ingin solat tapi tak mampu lagi kerana sudah tua.Sekarang aku ingin kan ibu utk aku taat tapi ibu sudah lama pergi meninggalkan aku.Kini aku ingin selalu ingat padaNya tapi rasa berdosa membuatkan aku sengsara.."

Cerita dari seorg miskin...

"Aku dulu kaya hingga gedungku tidak terkira.Aku dulu seorang berharta hinggakan semua mengaku aku saudara.Aku dulu berjawatan tinggi hinggakan aku lupa pada diri.Tapi kini aku muflis harta yang ada lesap sekelip mata.Aku kini sehelai-sepinggang..tiada orang ingin berkawan.Baru kini aku tahu siapa diri andai diri disisihkan Ilahi.."

Cerita dari seorang susah...

"Aku dulu hidup senang.Gembira dan ceria siang malam.Tiada rasa susah di hati sebab keprluan hidup cukup sekali.Tapi satu kelemahan aku...aku lupa yang Maha Satu.Sungguh pun seronok aku tahu diri tidak bahagia.Tapi aku mengabaikannya.Dan kini...hidupku tidak seperti dulu.Siang malam aku derita.Kerana hidup kacau-bilau.Yang kusayang dan kucinta telah tiada dan ini kutahu akibat melupakan Yang Esa.."

Sahabat...
Mari bersyukur dengan apa yang ada di tangan.Andai yang ada hanyalah sejemput rezeki maka dengan syukur mungkin ia menjadi segantang.Mari redha dengan setiap ketentuan Ilahi kerana dengan redha akan membuat hati tenang.

Sahabat...
Bila-bila aku dan kamu akan diuji.Dengan nikmat yang ada akan diambil kembali.Tapi kita selalu leka kerana itu tidak bersedia.Kerana aku dankamu fikirkan muda sebab itu menjadi lupa.Apabila Allah ingin menguji,maka tiada syarat kelayakkan...Jika aku atau kamu terpilih..sungguh kita akan diuji tuhan.

Semoga sabar dan tabah selalu.

No comments: