Tuesday, December 25, 2007

-SILENT MODE-

Aku tgk tarikh terakhir blog ni di update.Dah sebulan dah…

Nampaknye blog nih sedang silent mode.Aku sendiri tak tau kenapa.Yang pasti…semuanya perasan busy.Tak gitu??

Sedar tak sedar dah lama aku tak menulis dalam blog ni.Akulah yang mula-mula sekali perasan busy.Ini blog usrah.Maka yg menulis entry kat sini pastinya ramai.Terdiri dari adik,kakak dan abang-abang nuqaba’.Hebat dan tahniah kerana cuba memupuk usaha untuk menulis entry walaupun bukan semua org berbakat menulis…(macam aku ni la.Tak de bakat sungguh..).Aku tahu yg dakwah takkan berkembang hanya dengan menulis…Tp klu Allah nak curahkan hidayah pada hati-hati yang terpilih…tak mustahil dgn membaca entry bosan tapi bermakna dalam blog nih..maka timbul rasa insaf dan kecintaan padaNya.

Alhamdulillah…semakin hari aku makin nampak aturan Allah atas kehidupan di muka bumi ni.Teringat aku akn tajuk terakhir dari kitab KHOSOSIL ‘AMMAH LIL ISLAM,kitab karangan Dr.Yusuf Qardhawi.Antara yang TETAP dan FLEKSIBEL…dan begitulah kejadian alam dan manusia.Bagi memenuhi fitrah kejadian makhlukNya,telah Allah tetapkan ada perkara yg akan sentiasa TETAP walau masa terus berubah dan ada perkara yg boleh BERUBAH kerana ia adalah satu perkara yang berkembang.

Aku lihat balik diri aku…Payah untuk aku menulis dan menghuraikan pada kamu mengenai APA YANG TETAP dan APA YANG FLEKSIBEL….sebab tu bukan tujuan utama entry ini ditulis.Baca tajuk di atas tak??tajuk entry…SILENT MODE.Kenapa silent mode?sebab skang nih aku raser kite semua sedang silent…BERDIAM DIRI…atau BERHIBERNASI.Adakah kerana winter telah tiba…dan kita umpama penguin atau beruang kutub terpaksa berhibernasi utk meneruskan kehidupan??

Sahabat yang dikasihi…

Blog nih bukanlah satu blog yg banyak memberi info kepada anda.Info dari segi teknologi ke…dr segi isu semasa ke…sbb ape yang difokuskan di sini adalah kehidupan kita di bumi Ukraine.Mahu tak mahu…andai kamu membaca blog ini..maka apa yang kamu akn dapat adalah segala pengajaran dari segala kejadian dan peristiwa kehidupan di bumi Ukraine ini.Peringatan…jika inginkan penambahan info yg lebih mengenai isu-isu semasa…kejadian alam sejagat,bencara alam di Bangladesh,kemerosotan hasil ikan laut dalam atau ketidakadilan PBB dalam mengatasi masalah Timur Tengah..maka blog ini bukanlah pilihannya.

Argh..aku tak tahu apa yang sedang aku cuba sampaikan.Segalanya bercampur-baur.Maka berbahagialah sesiapa yg membaca entry ini dan berjaya memahami isi kandungnnya kerana jelas sekali kamu adalah org-org yg bijak berbahasa.Tapi semua ini terjadi kerana aku juga sedang silent mode.

“Jika kamu tidak menyibukkan diri dgn hal agama..maka Allah akan sibukkan kamu dgn hal dunia..”

Hal dunia yang buat aku celaru.Kerana itu kite kene tukar silent mode ini.Sahabat-sahabat…terlalu banyak masalah untuk diselesaikan.Masalah diri aku…diri kamu…diri kawan-kawan.Aku tahu…dan kamu pun tahu…yang “Org mukmin ini adalah cermin bg MUKMIN yang lain”.Dari kamu aku nampak keburukan aku dan dr aku kamu nampak keburukan kamu.Dan sama-sama kita perbaiki agar menjadi insane yg lebih baik.

Tapi dalam silent mode begini bagaimana kita nak bgtahu org tentang masalah dan kesalahan yg berlaku kerana kita tahu SILENT adalah tidak berbunyi.

Siapa yang mesti menyedarkan kita yang masalah couple makin meruncing?

Siapa yang mesti menyedarkan kita yang masalah berkesedudukan makin tak terkawal?

Siapa yang mesti menyedarkan kita yang masalah solat makin dipandang ringan?

Siapa yang mesti menyedarkan kite yang masalah ukhwah makin dipandang remeh?

Siapa??Siapa??siapa??

Udah-udah lah tu…Sile tukarkan mode anda….dan aku sekali.Takkan nak terus berdiam diri sedangkan dunia nih nabi dah pesan sedang nazak pada 1400 tahun yg lalu.Takkan nak terus berdiam diri lagi sedang umat makin kacau bilau.Kalau kamu dan aku tak tak fikirkan dunia dan tak fikirkan umat…fikirkanlah diri kamu dan diri aku sendiri.Tengok diri kita..umur sudah 21…22 tahun….tapi masih bergelar hamba biasa.Ingatlah adik,abang dan kakak-kakak sekelian...Umar Al-Fateh buka Constantinopal ketika berumur 21 tahun.KITA????Lupa diri bila gembira,hilang semangat bila berduka…kedekut masa untuk Allah…sayang harta untuk agama.Suka meminta bila memerlukan tp tiada ketaatan.

Ya Allah…aku dan kamu lemah.Lemah diri…lemah iman…

Mari bertukar mode…

1 comment:

Anonymous said...

Ya Allah rase berdosanya ..jgnlah kau sibukkan hambamu ini dgn dunia...jgnlah kau biarkan setiap detik kehidupan ku ditentukan oleh diriku sendiri...Pimpinlah hamba mu ini Ya Allah...